Teknologi Nokia Mungkin Sedang Membangunkan Pembantu Maya Pintar Tersendiri

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 10, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    8,393
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Pada hari ini, pembantu maya pintar telah menjadi salah satu perkara yang menjadi tumpuan ramai syarikat teknologi – termasuk Google dengan Assistant, Microsoft dengan Cortana, Apple dengan Siri, Samsung dengan Viv, dan sebagainya. Kini, Nokia dilihat sedang membangunkan pembantu maya pintar mereka tersendiri, dan telah mendaftarkan tanda dagang baru-baru ini.

    Nokia dilihat telah mendaftarkan tanda dagang “Viki” dan mengatakannya sebagai salah satu pembantu untuk telefon pintar yang beroperasi berasaskan suara atau chat.

    Seperti semua sedia maklum, ia hanya sekadar pendaftaran tanda dagang sahaja buat masa ini, dan bukannya pendaftaran paten atau pengenalan pembantu pintar tersebut sendiri. Masih terdapat kemungkinan yang mana produk berkenaan mungkin tidak direalisasikan atau diperkenalkan kepada umum.

    Tanda dagang ini juga dilihat didaftarkan oleh Nokia, dan bukannya HMD Global yang memperkenalkan peranti Nokia baru-baru ini. Jadi, sekiranya ia ditawarkan kelak, mungkin kita akan dapat melihat ia digunakan atau ditawarkan secara lebih terbuka, dan bukan terhad pada peranti berjenama Nokia sahaja.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page