Teknologi Nokia Menyaman Apple Atas Pelanggaran Paten

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Dec 22, 2016.

By Deli on Dec 22, 2016 at 5:33 AM
  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    7,393
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Kes saman-menyaman disebabkan oleh paten bukan sesuatu yang baru. Terkini, Nokia menyaman Apple, mengatakan pengeluar iPhone berkenaan telah melanggar beberapa paten milik Apple. Nokia mengatakan Apple tidak melesenkan paten yang telah dipersetujui kedua-dua pihak untuk dilesenkan pada 2011, yang mana kini telah tamat.

    Nokia memfailkan saman di mahkamah Jerman dan juga Amerika Syarikat.

    Nokia selepas menjual perniagaan peranti mudah-alih mereka, syarikat mereka telah memfokuskan kepada perkhidmatan rangkaian. Ia kini mula turut memfokuskan kepada portfolio paten sebagai salah satu sumber pendapatan, selain hanya melindungi produk mereka tersendiri.

    Nokia juga turut telah menambah pemilikkan paten melalui pengambil-alihan Alcatel-Lucent, menjadikan pendapatan daripada paten lebih tinggi. Pada suku ketiga, unit teknologi Nokia yang melesenkan paten telah menjana sekitar 40% daripada pendapatan syarikat.

    Melalui pemfailan saman, Nokia mengatakan Apple melanggar paten pada beberapa produk, termasuk iPhone, iPad, iPod, Apple Watch, Mac dan juga pemain media seperti Apple TV.

    Pada saman pertama, Nokia mengatakan Apple “enggan” melesenkan paten untuk pengekodan video pada nilai yang telah ditetapkan industri. Apple terus menggunakan ciptaan berkenaan, membolehkan penghantaran pada kualiti tinggi melalui rangkaian selular pada penggunaan jalur-lebar yang rendah – untuk perkhidmatan penstriman berkenaan. Disebabkan oleh itu, Nokia meminta ganti rugi daripada Apple.

    Untuk saman kedua, Apple dikatakan melanggar 10 paten, yang mana berkait dengan penghantaran signal radio. Untuk ini, Nokia memfailkan tuntutan royalti yang berpatutan.

    Pihak Apple tidak mengeluarkan komen berkaitan tuntutan Nokia buat masa ini.

    Sumber: Amanz
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Dec 22, 2016.

Share This Page