Teknologi Nokia Memperlihatkan Pengumuman Peranti Baru Pada 26 Februari Kelak

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 11, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    11,612
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Nokia telah memulakan tahun 2017 ini dengan pengenalan telefon pintar berasaskan Android terbaru, dipanggil sebagai Nokia 6. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan hadir dengan Android 7.0, sokongan audio Dolby Atmos, dan menggunakan cip Snapdragon 430.

    Pengenalan peranti berkenaan, telah membuatkan ramai bercakap kembali mengenai Nokia dan tidak sabar untuk mencuba produk baru yang kini dihasilkan oleh HMD Global.

    [​IMG]

    Berkongsi di Facebook hari ini, mereka mengumumkan yang mana lebih banyak perkongsian dan pengumuman daripada mereka dijadualkan pada 26 Februari 2017 kelak. Tarikh berkenaan juga adalah selari dengan acara Mobile World Congress yang sering menyaksikan pengenalan pelbagai peranti baru daripada ramai pengeluar.

    Berkemungkinan, kita akan dapat melihat pengumuman telefon pintar berasaskan Android dengan jenama Nokia untuk pasaran global pada acara berkenaan.

    Sama-sama kita nantikan tarikh 26 Februari ini untuk melihat sama ada jenama Nokia dapat memberikan kita kejutan kembali ataupun tidak.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page