Dalam Negara Nelayan jumpa kelongsong roket di Penang

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 19, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,855
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    INILAH kelongsong pelancar roket yang dijumpai nelayan di perairan Pulau Kendi semalam.

    BALIK PULAU – Satu kelongsong pelancar roket yang telah digunakan dijumpai oleh nelayan kira-kira 34 batu nautika ke barat daya Pulau Kendi di sini semalam.

    Objek sepanjang kira-kira 1.5 meter itu ditemui oleh nelayan ketika sedang menangkap ikan di lokasi berkenaan pada pukul 12.30 petang.

    Sumber polis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan objek tersebut oleh seorang tekong bot warga Indonesia. - Kosmo


    ========================

    Makluman awal jumpa pelancar roket di perairan Pulau Kendi Barat Daya.

    1⃣T/kumbar repot 509/17.
    2⃣ Masa :18/03/17 1414hrs
    3⃣
    4⃣
    Alamat : Balai Polis Batu Maung
    5⃣Alamat Kejadian : 34 Batu Nautika Pulau Kendi Barat Daya

    6⃣Ringkasan Kes.
    Pada 18/03/2017 jam lebih kurang 1230hrs, pengadu terima maklumat dari orang awam berkaitan nelayan telah menjumpai replika berbentuk bom semasa menangkap ikan di lokasi seperti di para 5. Pengadu telah ke Jeti LKIM Batu Maung dan ditunjukan oleh tekong bot No 2193 warga negara Indonesia Nama: Jefri B Landah

    7⃣ Siasatan awal.
    Objek merupakan kelongsong pelancar roket yang telah digunakan berukuran:
    ▶ Panjang : 5 kaki
    ▶Ukur lilit : 16 inci

    Pada objek terdapat tagging seperti berikut:
    ▶ PN 050-0900-134-1
    ▶ SN - 672
    ▶ Batch : 9005

    Telah di mklumkan kepada Pegawai penyiasat jenayah dan Unit Permusnah Bom IPK untuk tindakan selanjutnya.
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,855
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Pemilik kelongsong roket belum dikenal pasti

    GEORGE TOWN: Polis masih belum mengenal pasti pemilik sebuah kelongsong pelancar roket yang ditemukan nelayan kira-kira 34 batu nautika ke barat daya Pulau Kendi dekat sini, Sabtu lepas.


    Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan Anuar Omar berkata maklumat mengenai penemuan objek sepanjang kira-kira 1.5 meter dengan ukur lilit 0.4 meter itu telah dihantar kepada agensi-agensi yang memiliki pelancar seumpama itu termasuk pihak tentera.

    "Namun setakat ini masih belum ada maklum balas daripada pihak-pihak berkenaan dan yang pastinya ia bukan milik kita (polis)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

    Beliau berkata pelancar roket dengan nombor siri PN 050-0900-134-1, SN-672, Batch:9005 itu dipercayai mungkin digunakan oleh mana-mana agensi dalam sesi latihan di laut.

    Sabtu lepas, polis menerima laporan berhubung penemuan objek tersebut oleh seorang tekong bot warga Indonesia, yang sedang menangkap ikan di lokasi berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

    Menurut Anuar siasatan awal mendapati ianya ialah pelancar roket yang telah digunakan dan perkara itu dimaklumkan kepada pegawai penyiasat jenayah dan Unit Pemusnah Bom Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.-- Bernama


    Read more at Pemilik Kelongsong Pelancar Roket Ditemui Di P. Kendi Belum Dikenal Pasti - Berita Semasa | mStar
     

ibeli4u

Share This Page