Dalam Negara Murid cedera cikgu baling kerusi kayu kena kepala

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 21, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,849
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    Gambar adalah ihsan pembaca

    Penampang: Murid lelaki tahun dua cedera di kepala sehingga menerima lapan jahitan selepas terkena kerusi kayu yang dibaling guru di sekolah kebangsaan, di sini, hari ini.

    Ibu mangsa dikenali sebagai Wawa, 35, mendakwa kejadian pada kira-kira 9 pagi.

    Katanya, guru terbabit dipercayai hendak membaling kerusi ke arah murid lain tetapi terkena anaknya.

    Berikutan itu itu, murid berkenaan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Maimunah Suhaibul, berkata pihaknya sudah menerima maklumat berhubung kejadian itu.

    "Bagaimanapun, kita serah kepada polis untuk siasatan lanjut kerana kami difahamkan ibu bapa sudah membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page