Dalam Negara Muka budak koyak dicakar beruang di Gua Musang

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 9, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    [​IMG]
    KANAK-KANAK Orang Asli, Dee Usop, 9, cedera di muka akibat dicakar beruang di hutan Aring 8, Gua Musang, semalam. - Foto Ramli Ibrahim

    GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli cedera parah di bahagian muka apabila dicakar seekor beruang yang menyerangnya di kawasan hutan, dekat Aring 8, di sini, semalam.

    Dee Usop, 9, diserang beruang itu ketika sedang mencari kayu gaharu bersama bapanya, Usop Ching, 39, yang tinggal di Kampung Aring 5, kira-kira jam 3 petang.

    Bagaimanapun, dalam kejadian itu, Usop yang cedera di bahagian belakang selepas turut diserang beruang berkenaan, terpaksa mengendong anaknya keluar dari hutan bagi mendapat bantuan.

    Dua beranak itu kemudian diselamatkan oleh seorang pekerja ladang swasta yang dikenali sebagai Fan di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang.

    Fan, 41, ketika ditemui di sini, hari ini, berkata, dia menemui dua beranak itu pada jam 4 petang semalam dalam keadaan berlumuran darah dan keletihan.

    "Saya kemudian membantu dua beranak itu untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Aring bagi mendapat rawatan.

    "Bapa kanak-kanak itu memberitahu saya yang mereka memasuki hutan terbabit pada jam 12 tengah hari untuk mencari kayu gaharu dan tidak sedar kehadiran beruang berkenaan.

    "Saya takut melihat kecederaan mangsa yang koyak di bahagian muka akibat dicakar beruang itu," katanya sambil menambah yang tempat kerjanya tidak jauh dari hutan terbabit.

    Beliau berkata, sebelum ini dia dan pekerja lain tidak sempat terserempak dengan beruang terbabit. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. fakrul_kuching

    freshman

    Joined:
    Feb 9, 2017
    Messages:
    4
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Wujudnya beruang di negara kita perlu tindakan dari pihak yang berkaitan.
     
  5. fakrul_kuching

    freshman

    Joined:
    Feb 9, 2017
    Messages:
    4
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Wujudnya beruang di negara kita perlu tindakan dari pihak yang berkaitan.
     

ibeli4u

Share This Page