Teknologi Microsoft Sedang Menguji Sistem “Windows Goodbye” Yang Mengunci Komputer Secara Automatik

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,936
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Kandungan di dalam komputer sama pentingnya seperti kandungan di dalam peranti pintar. Tetapi tidak seperti peranti pintar, sistem yang mengunci komputer jarang sekali digunakan. Pernah beberapa kali kami menjadi mangsa prank di mana gambar latar belakang komputer kerja ditukar tanpa kebenaran dengan wajah Justin Bieber. Microsoft sedang menguji sistem baru yang diberi kod nama Windows Goodbye yang mengunci komputer secara automatik.

    [​IMG]Sistem ini diletakkan di bawah pilihan Dynamic Lock pada Windows 10 Insider Preview yang sedang diuji.Tiada maklumat terperinci diberikan oleh Microsoft mengenai fungsi baru ini. Besar kemungkinan seperti Windows Hello, kamera hadapan komputer akan mengesan kehadiran pengguna. Apabila mereka keluar dari pandangan kamera, desktop akan dikunci secara automatik. Fungsi ini sepatutnya telah lama wujud. Ianya amat berguna untuk pelajar kolej yang komputer kerap dibongkar rakan seasrama yang mencari bahan dewasa di dalam disorokkan di dalam folder FIFA.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page