Teknologi Mengambil Gambar Dengan Lambang “Peace” Boleh Menyebabkan Maklumat Cap Jari Anda Dicuri

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    8,468
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Mengambil gambar sambil menunjukkan lambang “peace” ialah kebiasaan bagi warga Asia terutamanya yang berbangsa Jepun. Tabiat yang dianggap normal ini mungkin akan menyebabkan cap jari anda dicuri di masa hadapn. Kenyataan ini diberikan oleh Isao Echizen, seorang profesor yang bertugas di Institut Informatik Kebangsaan Jepun.

    [​IMG]Menurut beliau kemampuan kamera peranti pintar yang semakin tinggi kerana penggunaan sensor yang lebih besar membolehkan maklumat cap jari dilihat dengan jelas. Maklumat ini kemudian boleh diambil dan disalahgunakan untuk tujuan memintas sistem biometri peranti. Sebarang gambar yang diambil dari jarak di bawah 3 meter boleh digunakan untuk mencuri corak jap cari pengguna.

    Pada waktu yang sama pihak Institut Informatik Kebangsaan Jepun telah menghasilkan bahan yang diperbuat daripada titanium oksida yang boleh mengaburkan cap jari apabila gambar diambil. Sistem imbasan cap jari terkini mengesan corak pada cap jari secara 3D. Sistem ini tidak mudah ditipu dengan cap jari dua dimensi. Profesor Isao Echizen tidak pula mengatakan sama ada sistem yang memerlukan cap jari 3D turut boleh dipintar menggunakan teknik yang ditemui beliau.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page