Dalam Negara McDonalds di Seremban 2 hidang air milo ada lipas

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,444
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Komen pelanggan berhubung minuman coklat bercampur lipas yang tular di Facebook. FOTO FB

    Seremban: Sebuah restoran makanan segera di pasar raya di Seremban 2, di sini, diarah tutup selepas seorang pelanggan menemui lipas di dalam minuman coklat dipesannya.

    Restoran berkenaan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS), mulai hari ini, selepas tular di Facebook mengenai kejadian itu.

    Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan pasukan penguatkuasa mendapati kebersihan restoran berkenaan tidak memuaskan dengan tahap penilaian kebersihan 57.5 peratus.

    "Kami mengarahkan premis itu ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, untuk siasatan lanjut.

    "Pemilik premis boleh merayu selepas semua tindakan penambahbaikan diambil terhadap ketidakpatuhan. Kami akan membuat pemeriksaan semula sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga menyiasat satu lagi kejadian seorang pelanggan menemui ulat di dalam sos sambal di sebuah restoran di Bandar Baru Nilai, Ahad lalu.

    Katanya, pemeriksaan pada Isnin mendapati tempat penyimpanan makanan yang belum dimasak berada dalam keadaan tidak memuaskan dan pihaknya mengeluarkan notis mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. - Metro


    _________


    Kartini Bakar added 7 new photos.

    Berhati-hati bila order dan minum air hot milo di McDonald's, sila buka penutup sebelum minum kerana benda ni terjadi pada saya serta rakan sy Nurul Faiqah waktu lunch di McDonald jusco seremban 2, tengahari tadi,terdapat lipas seperti dalam gambar ni, dimanakah letak nya keutamaan kebersihan di restoran ini?Berapa lama kah mesin itu tidak dibersihkan, sudah berapa ramai yg minum tanpa menyedari nya.Ternyata sungguh kotor restoran ini.
    #McDonaldjuscoseremban2
    #Serembanmacammacamada
    #KementerianKesihatanMalaysia
    #KPDNKK
    #hatihati

    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page