Dalam Negara Maria Farida disaman RM5 juta

Discussion in 'Selebriti & Hiburan' started by Net, Mar 4, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,642
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]

    KUALA LUMPUR 3 Mac – Seorang ahli perniagaan hari ini mengemukakan tuntutan balas terhadap saman yang difailkan oleh pelakon Datin Maria Farida atas dakwaan selebriti itu membuat tuduhan palsu dan memfitnah beliau.

    Hadijah Mohamed Mokhtar yang juga pengarah dan pemilik syarikat KR Beauty Care itu mendakwa, Maria, 48, atau nama sebenarnya, Maria Faridah Atienza telah membuat kenyataan media dalam rancangan Melodi terbitan TV3 pada 25 Oktober 2015.

    Dalam program hiburan itu, Hadijah mendakwa Maria telah menyentuh isu-isu peribadi bertujuan memalukan dan menjatuhkan reputasi serta kredibiliti beliau.

    Perkara tersebut dibangkitkan Hadijah yang lebih dikenali sebagai Karen Rahman dalam tuntutan balasnya terhadap saman fitnah oleh Maria, untuk beliau mendapatkan ganti rugi teladan, ganti rugi melampau RM5 juta, ganti rugi am daripada selebriti berkenaan.

    Pernyataan tersebut menurut Hadijah membawa maksud untuk memberitahu masyarakat bahawa beliau seorang wanita dan isteri yang bermasalah, berakhlak buruk selain perkahwinannya sentiasa gagal dan bersalah untuk setiap kegagalan rumahtangga sebelum ini.

    Hadijah seterusnya mendakwa, Maria mengadakan sidang media telah membuat kenyataan yang didakwa memfitnah yang dimuat naik oleh Astro Awani pada 10 Mei tahun lalu bertajuk, Maria Farida teruskan saman dan portal Mstar Online bertarikh 6 Mei tahun lalu bertajuk, Tak tahan difitnah, Maria Farida bakal saman bekas isteri suaminya.

    Turut menyiarkan artikel seumpamanya ialah akhbar Kosmo! bertajuk, Maria Farida saman janda suami dan Utusan Malaysia pula bertajuk, Diugut simbah asid.

    Peguam Zaid Roslan yang mewakili Hadijah yang dinamakan sebagai pihak defendan memberitahu pemberita, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 April ini untuk mendengar permohonan Maria bagi mendapatkan perintah injunksi interim bagi melarang Hadijah daripada terus memfitnah beliau sama ada melalui media cetak, akhbar dan media sosial.

    Dalam tuntutan balas itu, Hadijah dan anak sulungnya, seorang pramugari, Nur Shazleen Mohd. Yusoff sehubungan itu memohon supaya tuntutan saman Maria yang sudah bernikah dengan bekas suami beliau (Hadijah), Datuk Rahman Shakur pada 26 November tahun lalu terhadap mereka, ditolak dengan kos.

    Hadijah selain itu menuntut supaya saman Maria dibatalkan atas alasan tuntutan itu tiada asas, suatu yang mengaibkan, remeh dan menyusahkan pihaknya selain menyalahgunakan proses mahkamah.

    Pada Disember tahun lalu, Maria selaku pihak plaintif dalam samannya antaranya mendakwa, Karen Rahman telah memfitnahnya sehubungan itu menuntut perintah injunksi melarang Hadijah yang dinamakan sebagai pihak defendan daripada membuat kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya.

    Selain perintah injunksi, Maria turut menuntut pernyataan maaf tanpa syarat, melarang sebarang bentuk komunikasi dengannya dan melarang Hadijah menggunakan gambar-gambarnya untuk mempromosi produk KR Beauty Care selain ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk. - Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. azeri

    Senior

    Joined:
    Oct 14, 2009
    Messages:
    316
    Likes Received:
    3
    Trophy Points:
    18
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +4 / 0 / -0
    Zaman fitnah menfitnah, mengadu domba sangat bahaya dalam masyarakat
    seperti mana yang diingatkan oleh Rasulullah kepada kita sebagai umat
    Islam. (Akan datang umat seperti nie)

    Semoga Allah memberi taufik & hidayah kepada mereka berdua.

    Apa yang paling penting, semoga masalah ini menjadi iktibar
    buat kit di sini. In sya Allah.
     
  5. Feroz Cyber

    freshman

    Joined:
    Mar 11, 2017
    Messages:
    8
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    awat dah lain wangcyber sekarang nih huhuhuhu...
     

ibeli4u

Share This Page