Dalam Negara Majlis perpisahan guru jadi kecoh lepas 18 orang kena cirit-birit

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,444
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Petugas Hospital Melaka menolak seorang pelajar lelaki yang lemah selepas mengalami keracunan makanan semalam.

    MELAKA – Sambutan majlis perpisahan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh di sini bertukar kecoh apabila 18 pelajar dan seorang guru wanita dikejarkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan.

    Difahamkan, kejadian yang berlaku pukul 1 petang itu melibatkan pelajar Tingkatan Satu dan Dua sekolah berkenaan yang mengalami muntah dan cirit-birit selepas dipercayai memakan nasi goreng di kantin.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, dua pelajar dikejarkan ke Hospital Putra manakala bakinya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

    “Setakat hari ini (semalam), 16 mangsa termasuk seorang guru wanita berusia 46 tahun telah dibenarkan pulang manakala tiga lagi dimasukkan ke wad ekoran keadaan mereka masih lemah,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Melaka. - Kosmo
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page