Dalam Negara LHDN keluar waran tangkap terhadap Nelydia Sensore

Discussion in 'Selebriti & Hiburan' started by Net, Apr 21, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,930
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    ARTIS, Nelydia Senrose. - Foto Mahzir Mat Isa

    KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, selepas tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

    Pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

    LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

    "Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

    "Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Pada 11 April lalu, pihak LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit yang mengarahkannya untuk menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

    Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page