Teknologi LG Memberikan Petanda LG G6 Bakal Dilengkapi Sokongan Kalis Air

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,936
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    LG hari ini telah memuat-naik sebuah video ringkas, yang mana merupakan teaser untuk peranti baru yang bakal diperkenalkan pada bulan Februari 2017 kelak – dijangka LG G6. Melaluinya, LG seperti memberikan petanda yang mana peranti baru mereka bakal dilengkapi sejumlah ciri-ciri yang digemari pengguna.

    [​IMG]

    Melalui video berkenaan, LG memberikan petanda yang mana LG G6 akan dilengkapi skrin bersaiz besar pada binaan badan yang kompak. Ini mungkin dijayakan melalui penggunaan nisbah skrin kepada rekaan badan yang tinggi – lebih kurang seperti pada Xiaomi Mix.

    Disamping itu, LG turut dilihat akan menyertakan sokongan kalis air pada telefon pintar mereka, selain turut memberikan penekanan terhadap bahagian kamera.

    Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak LG akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka ini. Dengan sejumlah syarikat telah mula menjadualkan acara pada 26 Februari bersempena dengan MWC 2017 ini, tidak mustahil kita melihat LG turut melakukan perkara sama sekitar tarikh berkenaan kelak.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page