Dalam Negara Lelaki Rohingya mati diseksa dengan parang, mesin pengisar, gerudi

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 19, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,620
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    SEORANG lelaki etnik Rohingya ditemui mati di sebuah rumah di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, malam tadi. - Foto ihsan pembaca

    KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dibelasah dan ditikam bertubi-tubi dipercayai menggunakan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang, pisau dan topi keledar dalam kejadian di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 35 tahun berkenaan ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai diserang selepas pertengkaran dengan tiga beradik yang juga dipercayai etnik Rohingya di rumah berkenaan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata siasatan awal mendapati mangsa mengunjungi rumah sewa suspek utama yang dikenali sebagai 'Qori' sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

    Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang oleh jiran yang membuat pemeriksaan di rumah terbabit selepas terdengar orang bergaduh.

    "Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun itu yang menjalankan perniagaan barang lusuh sudah melarikan diri bersama isteri dan dua anaknya yang berusia 13 dan empat bulan sejurus kejadian.

    "Ketika menjalankan pemeriksaan di rumah terbabit, polis merampas beberapa alatan seperti pisau, tukul besi, parang, gerudi, mesin pengisar dan tiga topi keledar yang mempunyai kesan darah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Wan Abdul Aziz berkata, hasil siasatan lanjut, pihaknya menahan seorang lelaki etnik Rohingya berusia 33 tahun yang juga peniaga barang lusuh di kawasan sekitar Bukit Payung, Marang, untuk membantu siasatan.

    "Polis percaya penahanan ini dapat membantu menjejaki semua suspek terbabit kerana lelaki berkenaan mengenali adik beradik itu. Motif pembunuhan masih disiasat namun kami percaya ia ada kaitan dengan dendam dan cemburu," katanya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,620
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Suami isteri etnik Rohingya diburu

    [​IMG]
    Suami isteri etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki daripada etnik sama di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, diburu, semalam. FOTO ihsan PDRM

    Kuala Terengganu: Polis memburu suami isteri etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan lelaki daripada etnik sama di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, semalam.

    Suspek utama dikenal pasti sebagai Mohamad Qarim Abdul Razak, 30, dan isterinya, Babe Nur Karim, 25, dipercayai menghilangkan diri bersama dua anak mereka berusia 13 dan empat bulan selepas pembunuhan itu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, siasatan awal mendapati pembunuhan itu didalangi Mohamad Qarim yang lebih dikenali sebagai Qori.

    Beliau berkata, siasatan juga mendapati Qori dibantu dua lagi adik beradiknya yang masih belum dikenal pasti identiti mereka.

    "Semua suspek dipercayai sudah melarikan diri termasuk Qori dan keluarganya ketika jiran yang terdengar bunyi pergaduhan datang memeriksa rumah berkenaan.

    "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau terlihat kehadiran mereka di mana-mana boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

    Dalam kejadian 11.50 malam semalam, lelaki etnik Rohingya ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang badan serta kecederaan di kepala.

    Mayat mangsa berusia 35 tahun dan memiliki kad UNHCR ditemui jirannya yang datang membuat pemeriksaan selepas mendengar bunyi pergaduhan.


    Nak lari mana | Harian Metro
     

ibeli4u

Share This Page