Dalam Negara Lelaki mati ditembak di dahi ketika berbincang di Kajang

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 10, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,302
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    ANGGOTA polis forensik menjalankan siasatan susulan kejadian lelaki maut akibat terkena tembakan di rumah berkenaan. - Foto ihsan pembaca

    KAJANG: Seorang lelaki mati selepas terkena sedas tembakan di dahi ketika menghadiri satu perbincangan di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di sini, awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun dan berasal dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat 3 rumah terbabit dengan luka tembakan di tengah dahi dengan sepucuk revolver di tangan kanannya.

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata siasatan mendapati mangsa datang ke rumah berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam untuk mengadakan satu perbincangan bersama 11 individu lain termasuk pemilik rumah terbabit.

    Katanya, rumah berkenaan adalah rumah teres setingkat yang diubah suai menjadi tiga tingkat dan kira-kira jam 3 pagi, pemilik rumah mendakwa mendengar bunyi tembakan di tingkat tiga yang dijadikan ruang riadah sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring.

    "Pemilik rumah yang juga lelaki berusia 54 tahun itu kemudian membuat satu laporan polis pada jam 5 pagi mendakwa mangsa menembak diri sendiri.

    "Namun siasatan yang dijalankan Bahagian Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pakar Forensik Patologi Hospital Serdang di tempat kejadian mengesahkan terdapat keraguan dalam kematian simati yang dikatakan membunuh diri itu.

    "Susulan itu, pihak forensik mengambil sampel untuk ujian sisa tembakan (GSR) ke atas 11 individu yang turut berada di tempat kejadian sebelum ditahan untuk membantu siasatan. Kita turut menahan dua wanita iaitu isteri pemilik rumah dan pembantu rumahnya," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

    Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 59 tahun dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

    Othman berkata pistol yang digunakan dalam kejadian itu dirampas untuk dibuat ujian balistik dan polis masih meneruskan siasatan bagi memastikan motif kejadian.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,302
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Selesai kurang 24 jam

    Kajang: Dalam tempoh kurang 24 jam, polis berjaya menyelesaikan kes kematian lelaki berusia 39 yang ditemui dengan kesan tembakan di dahi di rumah di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, awal pagi tadi selepas tertangkapnya suspek utama yang juga pemilik kediaman berkenaan.


    Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek yang juga peniaga berusia 54 tahun ditahan pada hari sama selepas mendapati terdapat keraguan berhubung punca kematian mangsa yang dikatakan membunuh diri.

    "Polis akan mengumpulkan segala keterangan dan bahan bukti bagi mengemas kini siasatan untuk tindakan seterusnya.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja" katanya.

    Terdahulu, mangsa ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi ketika berada di kediaman terbabit pada jam 3 pagi.

    Siasatan mendapati terdapat satu kesan luka di bahagian tengah dahi mangsa serta menemui sepucuk revolver di tangan kanannya. - Metro
     
  5. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,302
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    2 pucuk pistol dijumpai dicampak dalam tasik di Putrajaya

    PUTRAJAYA - Polis hari ini menemui dua pucuk pistol dan beberapa butir peluru di dalam sebuah tasik di sini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang lelaki di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras pada 10 Mac lepas.


    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penemuan itu susulan soal siasat yang dijalankan terhadap seorang daripada 13 suspek yang ditahan berkaitan kes itu.

    "Seorang daripada suspek telah mengaku memiliki pistol dan pistol tersebut telah dicampakkan ke dalam sebuah tasik di Putrajaya," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

    Polis membawa suspek terbabit ke tasik yang menjadi lokasi pistol itu dibuang di mana pasukan penyelam forensik menemui dua pucuk pistol serta beberapa butir peluru.

    Pada 10 Mac lepas, seorang lelaki berumur 39 tahun ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dahi di tingkat tiga sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn. - Bernama


    Artikel Penuh: Kosmo! Online - Terkini
     

ibeli4u

Share This Page