Teknologi Lebih Kurang 14,000 Telefon Pintar Dan Tablet Dibeli Ketika Lazada Online Revolution 2016

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Nov 14, 2016.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    11,174
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Pada penghujung minggu lepas, Lazada telah mengadakan acara tahunan mereka, iaitu Online Revolution – memperlihatkan pelbagai jenama dan syarikat menawarkan diskaun untuk pelbagai produk yang dibeli melalui laman berkenaan.

    [​IMG]

    Kini, Lazada Malaysia berkongsi statistik penjualan mereka, mengatakan sebanyak lebih kurang 500,000 barangan telah dibeli pada tempoh 24 jam pertama, membawa kepada penjimatan sekitar RM45 juta. Angka jualan penuh tidak dikongsikan oleh Lazada, namun mereka berkongsi beberapa statistik menarik.

    Pada acara berkenaan, sebanyak 14,000 telefon pintar dan tablet telah ditempah, dan antara jenama yang mempunyai penjualan barangan tinggi adalah Xiaomi Redmi Note 3 dan juga headphone JBL.

    Disamping itu, Lazada Malaysia mengatakan tempahan dan pembelian pertama hadir daripada pelanggan dari Kota Bharu, Kelantan. Selain telefon pintar, kategori lampin bayi juga agak popular, dan sebanyak 20,000 lampin telah dijual Lazada Malaysia dalam tempoh 24 jam berkenaan.

    Lazada turut mengatakan kebanyakkan pembelian hadir daripada luar bandar, sekaligus memperlihatkan ruangan untuk Lazada terus memperluaskan penawaran mereka.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page