Dalam Negara Kos sara hidup di Malaysia terendah di ASEAN

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 21, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,305
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0


    [​IMG]

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, pelbagai program akan terus dirangka untuk memacu pendapatan dan mengurangkan harga barangan, meskipun Malaysia dinobat negara mempunyai kos sara hidup paling rendah di rantau ASEAN.


    Perdana Menteri berkata, kejayaan dilakar menerusi kaji selidik 2017 yang dikendalikan Unit Perisikan Ekonomi, United Kingdom dengan membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia itu menunjukkan usaha kerajaan selama ini akhirnya membuahkan hasil.

    "Dalam usaha kerajaan membawa Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi, isu kos sara hidup adalah tumpuan utama, justeru banyak inisiatif yang kita lakukan bagi memastikan rakyat kurang dibebani dengan kos sara hidup.

    "Antaranya, kawalan harga oleh pihak berkuasa, pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), usaha perangi orang tengah dan sebagainya.

    "Pengiktirafan kaji selidik ini bagaimanapun tidak bermakna usaha kita meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai.

    "Masih banyak sedang dan akan dilakukan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan harga barangan," katanya menerusi entri terbaru di blog rasminya, NajibRazak.com, hari ini.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pendapatan rakyat menerusi latihan dan pendidikan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Transformasi Kedai Runcit dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Selain itu, katanya, kerajaan memperkasa inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Klinik 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia sebagai mekanisme pengawalan kos.

    "Saya harap pelbagai program ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana perkara inilah yang saya usahakan setiap hari sebagai Perdana Menteri," katanya. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page