Dalam Negara Kim Jong Nam: Suspek wanita kedua warga Indonesia ditahan

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 16, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,340
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]

    Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lagi wanita ditahan dipercayai ada kaitan dengan kematian Kim Jong-nam.

    Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama pagi ini, namun ketika ditanya mengenai butiran lanjut berhubung penahanan itu seperti kewarganegaraan, beliau berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan beberapa siri tangkapan susulan penahanan suspek pertama, semalam.

    Saya boleh katakan polis mempunyai maklumat yang mengaitkan suspek pertama yang kita tahan semalam dengan kematian lelaki itu.

    “Polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang boleh dikaitkan dengan kes ini," katanya.

    Semalam, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) pada 8.20 pagi.

    Isnin lalu, Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, diserang ketika berada Klia2 pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau.

    Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,340
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    2 wanita direman seminggu

    Sepang: Dua wanita warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un.


    Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib dan prosiding dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.

    Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

    Terdahulu, Majistret dilihat keluar meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang kira-kira jam 11 pagi bagi mengeluarkan perintah reman kepada suspek.

    Semalam, polis menahan seorang wanita warga asing berusia 29 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 8.20 pagi dipercayai berkaitan kes kematian Jong-nam.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, wanita itu memiliki pasport Vietnam dan identitinya bersamaan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang itu.

    Menerusi kenyataan polis hari ini, Khalid dilaporkan berkata, seorang wanita warga Indonesia turut ditahan jam 2 pagi hari ini berhubung kes sama.

    Wanita itu dipercayai berasal dari Serang, Indonesia berdasarkan pasport yang dimilikinya ketika ditahan.


    Dua wanita direman seminggu | Harian Metro
     
  5. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,340
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    'Siti Aishah' ditahan kes bunuh Jong-Nam

    [​IMG]

    KUALA LUMPUR: Wanita yang ditahan dan dipercayai terbabit dalam kes kematian abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Nam awal pagi tadi, disahkan warga Indonesia.


    Suspek berusia 25 tahun itu dikenali sebagai Siti Aishah berdasarkan dokumen perjalanannya.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mengesahkan perkara itu berkata, penahanan wanita berkenaan kira-kira jam 2 pagi tadi dibuat hasil pengecaman rakaman litar tertutup (CCTV) di klia2.

    "Ketika ditahan, suspek berseorangan. Siasatan masih berjalan dan tindakan diambil mengikut lunas undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut lokasi suspek ditahan.


    'Siti Aishah' ditahan kes bunuh Jong-Nam | Jenayah / Mahkamah / Tragedi | Berita Harian
     
  6. azrif

    Newbie

    Joined:
    Nov 21, 2016
    Messages:
    24
    Likes Received:
    4
    Trophy Points:
    3
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +4 / 0 / -0
    fuh indo pun ada join..memamg nak mati ni
     

ibeli4u

Share This Page