Dalam Negara Kim Jong Nam: Suspek wanita dakwa serangan hanya gurauan

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 16, 2017.

By Net on Feb 16, 2017 at 12:34 AM
  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,031
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +14 / 0 / -0


    [​IMG]

    PETALING JAYA: Suspek wanita Vietnam yang ditahan dalam kes pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara mendakwa rakan subahatnya memaklumkan serangan itu hanya satu gurauan, lapor Oriental Daily.


    “Mereka beritahu saya ia adalah gurauan, saya tidak tahu ia bertujuan membunuh orang.”

    Polis mengenal pasti suspek wanita itu sebagai Doan Thi Huong, 29. Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

    Akhbar itu melaporkan wanita Vietnam itu memberitahu polis, dia dan seorang lagi rakan wanitanya bersama 4 lelaki datang ke Malaysia untuk melancong.

    Dia mendakwa ketika tiba di klia2, 4 lelaki yang datang bersama mereka memberitahu akan mengenakan penumpang dengan gurauan.

    Empat lelaki itu kemudiannya mengarahkan mereka menyembur muka Kim Jong-nam dengan sejenis cecair dan menyerkup muka lelaki itu dengan sapu tangan.

    Sumber polis berkata, selepas melancarkan serangan, 2 wanita itu menaiki teksi meninggalkan klia2, manakala 4 lelaki terbabit dibahagikan kepada 2 kumpulan turut keluar dari lapangan terbang dan pergi ke sebuah hotel di Salak Tinggi.

    Bagaimanapun, suspek yang ditahan polis itu mendakwa rakan wanitanya bersama 4 lelaki itu tidak pulang, selepas memaklumkan mereka hendak keluar.

    Difahamkan, suspek itu memberitahu polis, dia kembali ke klia2 pada keesokannya (hari ini) untuk mencari rakannya sebelum ditahan.

    Oriental Daily sebelum ini melaporkan pemandu teksi warga tempatan yang ditahan pada petang Isnin lalu sudah dibebaskan hari ini, selepas polis mendapati dia tidak terbabit dalam kes itu.

    Menurut laporan media, mangsa maut itu ialah Kim Chol yang sebenarnya Kim Jong-nam, hidup dalam buangan di Macau dan ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke sana dari Malaysia.

    Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - FMT
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 16, 2017.

Share This Page