Dalam Negara Kim Jong Nam: Malaysia arah dutanya di Korea Utara pulang

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 20, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,930
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Kenderaan membawa Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dilihat memasuki bangunan Wisma Putra, 9.55 pagi tadi.

    PUTRAJAYA - Malaysia hari ini memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

    Kementerian Luar mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya Kang Chol telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin kira-kira sejam 30 minit, berikutan tuduhan yang dinyatakan beliau pada satu sidang akhbar Jumaat lalu.

    Menurut kenyataan Wisma Putra itu, Kang Chol dalam sidang akhbar berkenaan telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.

    "Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Korea tersebut sebagai tidak berasas.

    "Kerajaan Malaysia mengambil serius atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara," katanya. - Sinar
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. lankapo

    junior

    Joined:
    Apr 25, 2008
    Messages:
    75
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    8
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +12 / 0 / -0
    Semakin pening dengan isu Korea Utara. Sebaiknya setel kan cepat dan terus pulangkan mayat pada waris.
     

ibeli4u

Share This Page