Dalam Negara Kim Jong Nam: DNA diambil dan dibawa ke Malaysia

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 16, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,469
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Ahmad Zahid ditemui media mengenai isu Kim Jong-nam di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

    KUALA LUMPUR – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan identiti abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam yang disyaki mati dibunuh bulan lalu diambil daripada anak lelakinya.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, DNA itu telah diambil dan dibawa ke Malaysia.

    “Kita telah buat perbandingan dan disahkan ia adalah Kim Jong-nam,” katanya di Parlimen, hari ini.

    Ditanya sama ada adakah anak lelaki Kim Jong-nam di Jepun, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu.

    Dengan ringkas, Zahid berkata, “DNA itu telah diambil”.

    Dalam pada itu, mengulas kenyataan ahli keluarga Kim Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat abang tiri pemimpin Korea Utara.

    “Saya akan semak pada dokumen senarai yang dibuat waris terdekat kepada pihak Malaysia melalui kementerian dan memang Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keputusan berdasarkan pada permintaan berkenaan.

    “Ini kerana kita yakin pihak kedutaan tidak boleh minta mayat dibawa balik melainkan atas kebenaran waris terdekat,” katanya.

    Berhubung tentang pengurusan mayat Kim Jong-nam, beliau berkata, kita akan dapatkan nasihat daripada peguam Negara untuk tentukan perkara itu.

    Jong-nam diserang dua wanita menggunakan agen saraf VX di (Klia2) dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya pada 13 Februari lalu. - Sinar
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,469
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Sampel DNA anak lelaki Jong-nam diambil di lokasi rahsia

    [​IMG]

    KUALA LUMPUR: Pengesahan identiti Kim Jong-nam dibuat menerusi sampel DNA anak lelakinya yang diambil di satu lokasi rahsia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sampel itu diperoleh mengikut prosedur forensik yang dilakukan oleh pihak kerajaan di luar negara, namun enggan mendedahkan lokasi negara itu.

    "Saya sekali lagi ingin mengesahkan mayat itu adalah mayat Jong-nam, DNA telah dibawa ke Malaysia dan dibuat perbandingan...memang sah Jong-nam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

    Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh oleh dua wanita warga asing yang menyapu muka Jong-nam dengan agen saraf VX ketika dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu untuk menaiki pesawat ke Macau.

    Jong-nam yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

    Dua wanita warga asing, Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam, didakwa membunuh Jong-nam, di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac.

    Ketika ditanya mengenai pengurusan mayat Jong-nam, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk tindakan seterusnya.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, hari ini dilaporkan berkata keluarga mendiang Jong-nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayat rakyat Korea Utara itu.

    Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan menyemak dokumen kebenaran yang dibuat oleh keluarga mendiang melalui Kementerian Luar.

    "Memang pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keputusan berdasarkan kepada permintaan berkenaan kerana Kedutaan Korea Utara tidak boleh meminta untuk mayat itu dibawa pulang kecuali atas kebenaran waris mangsa," katanya. - BERNAMA


    Sampel DNA anak lelaki Jong-nam diambil di lokasi rahsia - Zahid | Semasa | Berita Harian
     

ibeli4u

Share This Page