Dalam Negara Kes Sosilawati: Keputusan rayuan akhir kekalkan 3 dihukum mati, 1 bebas

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 16, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,855
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Bunuh Sosilawati: 3 sangkut, 1 bebas

    KUALA LUMPUR: Sabitan dan hukuman mati bekas peguam serta dua pekerja ladang yang dituduh membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dikekalkan Mahkamah Persekutuan.


    Dalam pada itu, seorang lagi pekerja ladang dilepas dan dibebaskan. - BHarian


    [​IMG]
    [​IMG]
    ANGGOTA keselamatan membuat pemeriksaan ke atas ahli keluarga tertuduh yang ingin mengikuti prosiding keputusan rayuan akhir bekas peguam dan tiga pekerja ladang yang disabitkan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah


    ============

    [​IMG]

    PUTRAJAYA 16 Mac - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua bekas pekerja ladangnya kekal menjalani hukuman gantung kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di sebuah ladang di Banting, Selangor, hampir tujuh tahun lalu

    Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara bagaimanapun melepas dan membebaskan perayu ketiga, R. Matan daripada sabitan dan hukuman mati kerana membunuh keempat-empatnya

    Keputusan itu turut dicapai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim

    Mahkamah tertinggi negara selesai mendengar penghujahan panjang lebar kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan yang berlangsung selama enam hari bermula 31 Oktober tahun lalu dan berakhir pada 8 November tahun lalu

    Pathmanabhan, 47, dan tiga bekas pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 25, dan R. Kathavarayan, 37, dan Matan merayu terhadap sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44

    Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013 melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting, Selangor antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. Mahkamah Rayuan pula mengekalkan keputusan itu pada 4 Disember 2015

    Pihak pembelaan terdiri daripada peguam Manjeet Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Gurbachan Singh, Hisyam Teh Poh Teik serta T. Vijayandran

    Pihak pendakwaan pula diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani, Saiful Edris Zainuddin, Hamdan Hamzah, Norinna Bahadun dan Jasmee Hameeza Jaafar. - Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,855
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    3 kekal hukuman mati, seorang bebas

    [​IMG]
    Hukuman mati terhadap N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan dan R Kathavarayan dikekalkan manakala R Matan dibebaskan.

    [​IMG]
    Gambar kiri, anggota keselamatan membuat pemeriksaan rapi terhadap orang ramai, termasuk ahli keluarga tertuduh yang mengikuti keputusan rayuan akhir tertuduh kes pembunuhan Sosilawati dan tiga pembantunya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, hari ini, manakala gambar kanan, tertuduh R Kathavarayan dibawa keluar wardar Jabatan Penjara dari mahkamah.- Foto MOHD FADLI HAMZAH

    Putrajaya: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan dan R Kathavarayan manakala R Matan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi.

    Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan ketiga-tiga tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mereka.

    “Mahkamah mendapati bukti terhadap ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan itu adalah lebih daripada mencukupi.

    “Apabila semua mangsa berada di ladang milik Pathmanabhan itu, ketiga-tiga tertuduh mempunyai segala peluang untuk melakukan pembunuhan," katanya.

    Bagaimanapun, mahkamah dalam keputusannya membebaskan Matan selepas mendapati tiada bukti mencukupi untuk mensabitkan tertuduh ketiga itu.

    Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

    Keempat-empat tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

    Mereka didakwa melakukan kesalahan itu Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

    N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan dan R Kathavarayan selepas ini boleh mengemukakan petisyen pengampunan kepada Sultan Selangor.


    Tiga kekal hukuman mati, seorang bebas | Harian Metro
     
  5. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,855
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Syukur, penantian 7 tahun berakhir - Rita

    [​IMG]
    [​IMG]

    PETALING JAYA: Tiada yang lebih baik selain mengucapkan kesyukuran selepas penantian tujuh tahun apabila Mahkamah Persekutuan akhirnya mengekalkan sabitan hukuman mati terhadap tiga tertuduh dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.


    Luahan itu disampaikan anak sulung jutawan kosmetik itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati mewakili lima saudaranya susulan keputusan mahkamah yang memihak kepada keluarganya pada Khamis.

    "Alhamdulillah, penantian selama tujuh tahun akhirnya terjawab. Saya bersyukur perkara ini diakhiri dengan baik.

    "Saya dan adik-beradik berbesar hati menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

    Rita berkata, beliau sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak berkuasa yang telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mencari keadilan untuk keluarganya serta keluarga mangsa lain.

    "Kami juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong kami.

    "Saya mengharapkan semua mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami," ujar Rita dengan nada ceria sambil mengucapkan kesyukuran.

    Mengenai perancangan terdekat, Rita berkata, kenduri kesyukuran dijangka diadakan minggu depan susulan keputusan mahkamah pada Khamis itu.

    "InsyaAllah, saya akan mengadakan tahlil dan doa selamat untuk arwah ibu, minggu depan," katanya.

    Pada Khamis, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua pembantunya berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain.

    Mahkamah bagaimanapun, membebaskan dan melepaskan tertuduh ketiga, R.Matan kerana kekurangan bukti terhadapnya.

    Pathmanabhan dan tiga pembantunya, T.Thilaiyalagan, R.Kathavarayan dan Matan dituduh dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pegawai bank Noorhisham Mohamad dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim.

    Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 8.45 malam pada 30 Ogos 2010.

    Mereka kalah dalam rayuan di Mahkamah Rayuan pada 4 Disember 2015.

    Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka didakwa ke Banting bagi urus niaga tanah.

    Kehilangan mereka menjadi tajuk utama berita di negara ini.

    Susulan itu, empat lelaki ditahan dan seterusnya didakwa di mahkamah pada 2011.


    Read more at Syukur, Penantian Tujuh Tahun Berakhir - Rita Sosilawati - Berita Semasa | mStar
     

ibeli4u

Share This Page