Luar Negara Kes-kes pembunuhan guna racun yang gemparkan dunia

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 17, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,439
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Ikut arah jam: Victor Yuschenko, Alexander Litvinenko, Khaled Mashaal/Gambar Reuters; Georgi Markov/Gambar novinite.com

    KUALA LUMPUR 17 Feb. - Pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lalu telah menggemparkan dunia.

    Bukan sahaja disebabkan mangsa merupakan individu berprofil tinggi yang mempunyai kaitan dengan pemerintahan sebuah negara, cara pembunuhan menggunakan racun menyebabkan semua pihak mahu mengetahui bagaimana pembunuhan itu dilakukan.

    Lebih ‘menarik’ pula apabila si pelaku, tidak sedikit pun menunjukkan gaya atau lagak seorang pengganas, apatah lagi pembunuh upahan atau ejen rahsia. Dengan hanya mengenakan skirt mini, dia melakukan pembunuhan tersebut di kawasan tumpuan ramai. Nampak sangat mudah namun penuh misteri selepas fakta-fakta baharu muncul setelah siasatan demi siasatan dilakukan.

    Semua elemen-elemen itu juga menjadikan kisah pembunuhan Jong-nam terus mendapat perhatian dunia, apa lagi di Malaysia yang selama ini hanya menyaksikan adegan itu dalam filem-flem Barat.

    Yang pasti pembunuhan menggunakan kaedah racun ke atas Jong-nam bukan yang pertama. Berikut beberapa kes pembunuhan menggunakan racun yang berjaya menarik perhatian dunia, termasuk melibatkan misi gagal.


    1. Georgi Markov

    Georgi Markov telah berpaling tadah ke United Kingdom pada 1969, dari negara asalnya Bulgaria yang pada ketika itu dikuasai rejim komunis. Di UK, Markov menjadi wartawan stesen televisen BBC yang berjaya.

    Markov telah menggunakan kedudukannya itu untuk mengkritik pemerintahan Bulgaria. Sudah tentu tindakan itu tidak disenangi rejim komunis Bulgaria yang kemudiannya dikatakan telah mendapatkan kepakaran ejen rahsia Kesatuan Soviet ketika itu, KGB untuk ‘mengurus hal’ Markov.

    Pada 1978 ketika Markov sedang menunggu bas di sebatang jalan di London, Markov telah dicucuk di kakinya menggunakan hujung payung oleh seorang lelaki. Empat hari kemudian, Markov meninggal dunia selepas menanggung penderitaan yang amat teruk.

    Siasatan pihak berkuasa kemudiannya mendapati hujung payung yang digunakan mencucuk kaki Markov telah dimasukkan racun ricin. Tidak ada suspek ditahan untuk dikaitkan dengan pembunuhan Markov, walaupun khabar angin pada ketika itu banyak mengaitkan pembunuhan tersebut dengan KGB dan ejen Bulgaria.

    Sumber: NBC News - Breaking News & Top Stories - Latest World, US & Local News dan crimewatchdaily.com


    2. Alexander Litvinenko

    Kematian bekas pengintip Rusia, Alexander Litvinenko mendapat liputan meluas media seluruh dunia kerana dikatakan mirip filem risikan Hollywood.

    Pada 1 November 2006, Litvinenko jatuh sakit selepas makan di sebuah restoran sushi di London ketika baru sahaja menerima bukti tentang satu kes pembunuhan lain semasa makan di situ.

    Dua hari kemudian, keadaannya bertambah buruk dan dikejarkan kepada Hospital Besar Barnet, London bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    Namun, tiga minggu kemudian, Litvinenko meninggal dunia kerana diracun menggunakan bahan radioaktif polonium-210.

    Sehingga kini, tiada siapa disabitkan bersalah atas pembunuhan tersebut namun wujud khabar angin mengatakan penglibatan kerajaan Rusia dalam pembunuhan lelaki berumur 44 tahun itu.

    Siasiatan pihak berkuasa Britiain mendapati kematian Litvinenko berpunca daripada bahan radioaktif, polonium-210 yang dipercayai telah diletakkan dalam minuman teh miliknya.

    Sumber: listverse.com


    3. Victor Yuschenko

    Semasa Pilihan Raya Presiden Ukraine 2004, calon presiden, Victor Yuschenki telah dijangkiti penyakit yang menyebabkan wajahnya seolah-oleh terbakar dan bengkak. Dia turut menghidapi beberapa simptom penyakit lain yang boleh membawa maut, sehingga menyebabkan kempen pilihan raya presiden tergendala sehingga beberapa minggu ,

    Pemeriksaan kesihatan kemudiannya mendapati penyakit dihidapi berpunca daripada racun dioxin. Dipercayai bahan tersebut sama seperti bahan kimia digunakan dalam membuat senjata kimia, Agent Orange, yang digunakan tentera Amerika Syarikat ketika era perang Amrika-Vietnam. Yushchenko bagaimanapun berjaya melawan penyakit itu dan pulih untuk memenangi pilihan raya Presiden Ukraine.

    Pada 2008, Yushchenko mendedahkan suspek yang cuba membunuhnya ialah bekas rakannya, David Zhvania. Yushchenko mendakwa racun tersebut telah diletakkan ketika dia mengadakan makan malam bersama Zhvania bersama dua pegawai keselamatan kerajaan.

    Bagaimanapun, sehingga kini pihak pendakwaan gagal mengenai suspek untuk dikaitkan dengan insiden tersebut.

    Sumber: Kansas City Public Library dan NBC News - Breaking News & Top Stories - Latest World, US & Local News


    4. Khaled Mashaal

    Ejen perkhidmatan rahsia Israel, Mossad dikatakan cuba membunuh pemimpin Hamas itu pada 1977 dengan menyembur bahan kimia berbahaya di telinga semasa Khaled berjalan di sebatang jalan di Amman, Jordan. Rancangan Israel itu bagaimanapun gagal.

    Kedua-dua suspek yang terbabit dalam cubaan membunuh itu berjaya ditangkap, dan Raja Jordan, Raja Hussein mengugut untuk menggantung kedua-dua suspek tersebut di khalayak, kecuali Israel bersetuju memberikan penawar racun berkenaan.

    Persetujuan tersebut bukan sahaja berjaya mendapatkan penawar racun, tetapi beberapa tahanan Palistin turut dibebaskan.

    Sumber: NBC News - Breaking News & Top Stories - Latest World, US & Local News


    5. Hercules, Socrates

    Dalam kisah sejarah lama telah dinyatakan beberapa pahlawan dan tokoh agung mati kerana diracun. Pahlawan Greek, Hercules dikatakan mati selepas menyarung jubah yang telah direndam dengan darah yang dicemari bahan beracun. Ahli falsafah terkenal, Socrates pula dikatakan mati selepas memilih untuk meminum racun, Hemlock sebagai hukuman kerana telah mencemar pemikiran anak muda ketika itu menjauhi Tuhan.

    Sumber: Kansas City Public Library


    Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page