Dalam Negara Kes bunuh kerat Tangkak, motif berebut janda muda

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Nov 10, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,849
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]

    TANGKAK 9 Nov. – Gara-gara berebut seorang janda muda, seorang pemandu jengkaut dibunuh dalam keadaan mayatnya dikerat lebih sepuluh bahagian di Jalan Kesang Laut di sini, Ahad lalu.

    Mangsa, Omar Miskam (gambar), 49, dipercayai ditetak di bahagian kepala terlebih dahulu di lokasi mayatnya ditemukan oleh seorang penghuni rumah yang juga ahli keluarga suspek utama.

    Lebih mengejutkan, suspek utama berusia 19 tahun yang juga pelajar sebuah Pusat GiatMara di sini turut dibantu janda terbabit yang berusia 23 tahun serta seorang lagi lelaki berumur 56 tahun.

    Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, ketiga-tiganya direman sehingga 13 November depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Menurutnya, suspek utama yang juga orang kurang upaya (OKU) itu turut memiliki satu rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pada 2013.

    “Mayat mangsa dikerat lebih 10 bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen serta beberapa bahagian lain dan bedah siasat mengesahkan mangsa mati terlebih dahulu akibat ditetak dengan parang.

    “Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 12 tengah malam 31 Oktober hingga awal pagi ke*esokan hari sebelum mayat tersebut ditemukan Ahad lalu pada pukul 3.15 petang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Tambah Mohad Idris, mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Alam, Panchor dekat Muar sudah beristeri namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

    Kata beliau lagi, janda terbabit yang juga pelajar sebuah Kolej Komuniti dipercayai turut membantu suspek utama pada hari kejadian sebelum seorang lagi lelaki membantu untuk membuang mayat.

    “Lelaki tersebut yang juga bapa saudara suspek utama dipanggil ke lokasi untuk meminjamkan van bagi membuang mayat terbabit tetapi dipercayai tidak jadi dan mayat itu hanya disorokkan di pembetung di rumah itu.

    “Pada malam kejadian, ahli keluarga suspek utama turut berada di rumah namun tidak mendengar dan mengetahuinya kerana hujan lebat ketika itu,” katanya.

    Tambahnya, polis turut merampas sebilah parang, sebatang cangkul, sembilan buah telefon bimbit, dua buah kereta dan sebuah van dan motosikal. - Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,849
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Jenazah lelaki dikerat 10 dituntut keluarga

    [​IMG]

    MELAKA - Jenazah lelaki yang ditemui dikerat lebih 10 bahagian di dalam pembetung di Jalan Kesang Laut di Tangkak, Johor selamat dituntut ahli keluarga di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, di sini, tadi.


    Jenazah Omar Miskam, 49, dibawa pulang oleh ahli keluarganya yang tiba diperkarangan hospital kira-kira pukul 3 petang.

    Menurut abangnya, Derus, 65, jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Kampung Sungai Alai untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Panchor, Muar.

    Jelasnya, pengecaman mayat telah dibuat sehari selepas laporan media mengenai penemuan pada Ahad lalu kerana mengesyaki ia adalah Omar yang disedari hilang kira-kira 12 hari baru-baru ini.

    Semalam, polis Johor mengesahkan identiti mangsa pembunuhan tragis itu adalah Omar Miskam yang bekerja sebagai pemandu jengkaut berasal dari Kampung Sungai Alai, Panchor di Muar.


    Artikel Penuh: Kosmo! Online - Terkini
     
  5. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,849
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Abang, DERUS Miskam (berdiri) menunggu di hadapan kaunter Jabatan Forensik untuk menuntut mayat adiknya, Omar, 49, mangsa pembunuhan yang dikerat 10 selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Melaka hari ini.

    “Kami sudah buat pengecaman mayatnya pada Isnin lepas selepas menonton berita di televisyen mengenai penemuan mayat di kampung itu.

    "Keluarga kami mengesyaki itu mayat dia (Omar) kerana dia telah hilang 12 hari selepas berita tersebut disiarkan,” katanya.

    [​IMG]

    Ahli keluarga tuntut jenazah mangsa kerat 10 - Jenayah - Utusan Online
     

ibeli4u

Share This Page