Dalam Negara Kehidupan mewah pemuda 21 tahun bergelar Datuk jadi viral

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 17, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0


    [​IMG]
    [​IMG]

    PETALING JAYA: Kehidupan serba mewah lelaki berusia 21 tahun yang bergelar Datuk telah menarik perhatian netizen apabila postingnya di laman media sosial menjadi tular.

    Posting Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali di akaun Facebook dan Instagram menggambarkan gaya hidupnya yang mewah terutama video yang dimuatnaik sempena sambutan hari lahirnya yang ke-21.

    Menerusi video itu, Muhammad Saiful dan seorang lelaki yang lebih berusia, mungkin bapanya menuruni jet peribadi dan menaiki kereta mewah Rolls Royce sambil diiringi pengawal.

    Mereka kemudiannya dibawa ke majlis sambutan hari lahir Muhammad Saiful yang diadakan di sebuah dewan yang dimeriahkan dengan persembahan muzik dan tarian.

    Sehingga tengahari Isnin, video itu mendapat lebih 300,000 tontonan.

    Berdasarkan gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram, Muhammad Saiful menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pada 2015.

    Menerusi akaun Facebook, beliau adalah pengarah di beberapa perniagaan termasuk besi buruk, kedai runcit, cuci kereta dan studio rakaman.

    Berikutan tular mengenai kisah pemuda ini, ramai juga yang tertanya-tanya siapakah keluarganya dan apakah yang pernah dilakukan mereka sehingga diiktiraf istana. - MStar
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Sambutan hari jadi Datuk muda jadi viral

    [​IMG]
    DATUK Muhammad Saiful Muhammad Ali ketika sambutan ulang tahunnya ke 21.

    KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah seorang anak muda bergelar Datuk mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen terutama selepas video sambutan ulang tahunnya ke-21 menjadi viral di laman sosial hari ini.

    Dengan catatan lebih 300,000 tontonan, Datuk Muhammad Saiful Muhammad Ali digambarkan mempunyai kehidupan serba mewah dalam video berdurasi selama enam minit sempena majlis ulang tahunnya itu.

    Selain itu, Muhammad Saiful bersama-sama seorang lelaki dipercayai bapanya dilihat keluar daripada jet persendirian dan menaiki sebuah kenderaan mewah diiringi beberapa pengawal peribadi menuju ke sebuah dewan untuk meraikan majlis hari jadinya yang diserikan dengan persembahan tarian serta nyanyian.

    Mengikut gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Muhammad Saiful dikurniakan darjah kebesaran itu pada tahun 2015.

    Berdasarkan maklumat dalam Facebook miliknya pula, Muhammad Saiful juga adalah seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat rakaman dikenali sebagai Superstar Records, selain menjadi pengarah kepada tujuh syarikat lain iaitu Saiful Metal Sdn Bhd, Maju Yakin Sdn Bhd, 7 Alis Mart, Restoran Muhammad Ali Rengen, Saiful Car Wash, Asoke Sdn Bhd, serta Prezios Design Sdn Bhd.


    [​IMG]
    DATUK Muhammad Saiful Muhammad Ali ketika sambutan ulang tahunnya ke 21.

    [​IMG]
    DATUK Muhammad Saiful Muhammad Ali turun dari pesawat pensendirian untuk ke majlis sambutan ulang tahunnya ke 21.

    [​IMG]
    DATUK Muhammad Saiful Muhammad Ali menggunakan kenderaan mewah untuk ke majlis sambutan ulang tahunnya ke 21.

    Sambutan hari jadi Datuk viral di laman sosial | Semasa | Berita Harian
     
  5. idazu

    Newbie

    Joined:
    Mar 12, 2009
    Messages:
    21
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    1
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    wow.....jutawan senyap..........muda lg dah dpt gelaran datuk
     

ibeli4u

Share This Page