Dalam Negara Jenazah Ketua Menteri Sarawak selamat dikebumikan

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,945
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    [​IMG]
    JENAZAH Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya, jam 2.40 petang tadi.

    PETRA JAYA: Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, di sini, jam 2.40 petang tadi.

    Kira-kira 1,000 hadirin membanjiri kawasan perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

    Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Antara kenamaan lain yang hadir adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud; isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

    Jenazah Adenan, 72, tiba di perkarangan kawasan perkuburan pada jam 2.05 petang dari Masjid Jamek Negeri dengan diiringi isteri, Puan Sri Jamilah Anu bersama anak-anaknya.

    Jamilah cuba menahan sebak ketika keranda membawa suaminya diletak berhampiran liang lahad.

    Bagaimanapun, beliau gagal menahan kesedihan sebaik majlis pengebumian dimulakan dan terpaksa ditenteramkan oleh sanak saudara.

    Kasih sayang pasangan itu diketahui umum terutama rakyat Sarawak kerana Ketua Menteri sering berjenaka mengusik isterinya dalam ucapannya. - BHarian


    [​IMG]PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussin; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg bersama rakyat menunaikan solat jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Kuching. FOTO Aizuddin Saad


    [​IMG]
    ORANG ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching. FOTO Aizuddin Saad

    [​IMG]
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page