Dalam Negara Janda jelita diburu polis kes bakar kereta, rumah

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 16, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,712
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    NUR Atirah dikehendaki polis untuk bantu siasatan kes khianat.

    Kota Bharu: Polis mengesan seorang wanita disyaki terbabit dalam perbuatan khianat dengan membakar kereta dan rumah.

    Dia dipercayai melakukan perbuatan itu secara berasingan dalam kejadian di Telipot dan Kubang Kerian, di sini, pada Ahad dan Isnin lalu.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, wanita terbabit dikenali Nur Atirah, 27, berasal dari Tumpat dan dipercayai masih berada di negeri ini.

    “Kami mengesannya untuk bantu siasatan kes. Saya minta dia tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pengkalan Chepa, di sini.

    “Sebelum ini, laporan kebakaran itu dibuat mangsa yang juga bekas suami yang berusia 30-an dan mentuanya.

    “Kes pertama babitkan kebakaran kecil di rumah bekas suami di Telipot manakala kes kedua membabitkan kereta Toyota Wish yang diletakkan di hadapan rumah bekas mentuanya di Kubang Kerian,” katanya di sini, semalam.

    Baharom berkata, orang ramai yang mengenali wanita berkenaan yang juga peniaga diminta menghubungi IPD di talian 09-7752200.

    Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,712
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Janda marah minta pulangkan BMW M5

    [​IMG]

    KOTA BARU, 16 Mac ― Seorang wanita muda, yang baru diceraikan, dicari polis berhubung kebakaran dua buah rumah milik bekas suaminya.


    Lelaki itu percaya bekas isterinya, yang diceraikan enam bulan lalu, terbabit apabila beliau membuat laporan polis memintanya memulangkan kereta BMW M5.

    Wanita 28 tahun itu dikehendaki berhubung kebakaran rumah sewa ahli perniagaan tersebut dan rumah bekas mertuanya hujung minggu lalu, lapor Kosmo!.

    Rumah pertama di Jalan Belakang Asrama Zainab di sini terbakar 5.25 pagi Sabtu lalu. Ia melibatkan kerugian RM35,000.

    Sementara kebakaran kedua yang berlaku jam 4.20 pagi Ahad lalu di Kampung Chicha di sini melibat kerugian mencecah RM50,000.

    “Menurut mangsa, dua lelaki bermotosikal telah memecahkan cermin tingkap ruang tamu rumahnya sebelum menyalakan api selepas mencurahkan petrol.

    “Suspek kemudian melarikan diri,” kata ketua polis Kota Baru ACP Baharom Abu.

    Polis mengenal pasti indivdu terbabit dan sedang mencari wanita itu untuk membantu siasatan, tambahnya.

    Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.


    - See more at: Marah minta pulangkan BMW, bekas isteri disyaki bakar rumah | Berita | ProjekMMO | Malay Mail Online
     

ibeli4u

Share This Page