Teknologi IDC : Samsung Menduduki Tangga Teratas Dalam Jualan Telefon Pintar Di Malaysia

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Feb 17, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    10,407
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    IDC baru sahaja mengeluarkan laporan jualan peranti suku ke-empat 2016, dan juga laporan jualan peranti bagi tahun 2016 sepenuhnya – sekaligus memberi gambaran tentang landskap jualan peranti pintar di Malaysia.

    Bagi suku ke-empat 2016, jumlah jualan peranti pintar di Malaysia adalah 2.7 juta unit. Ini membawa jumlah jualan keseluruhan peranti pintar di Malaysia pada 2016 ke 8.8 juta unit. Ini bermakna jumlah jualan peranti pintar tahun 2016 jatuh 5.5 peratus jikalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

    [​IMG]

    Menurut IDC, penurunan jumlah jualan ini disebabkan beberapa faktor ekonomi. Akan tetapi, itu tidak menghalang pengguna daripada menaik-taraf peranti pintar mereka, terutamanya bagi mereka yang menggunakan peranti pintar yang murah.

    Bagi suku ke-empat 2016, Samsung menduduki tangga pertama dalam unit jualan. Samsung telah menjual sebanyak 877,000 unit peranti pintar di Malaysia, dimana ia didorongi penjualan siri Samsung Galaxy J, yang sangat popular dengan golongan yang mementingkan bajet.

    Apple pula menduduki tempat kedua, dengan jualan sebanyak 351,000 unit peranti pintar pada suku yang sama. Nombor jualan Apple pula didorongi oleh pelancaran iPhone 7 dan 7 Plus di Malaysia yang berlaku pada suku ke-4 2016.

    [​IMG]

    OPPO dan Huawei pula masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Kedua-dua syarikat China ini masing-masing menjual sebanyak 293,000 dan 221,000 unit peranti pintar. Nombor jualan yang agak tinggi ini adalah kerana peranti-peranti seperti OPPO R1 dan Huawei P9 sangat popular di kalangan penggemar swafoto dan fotografi.

    IDC juga telah mengeluarkan nombor-nombor jualan untuk keseluruhan tahun 2016. Samsung mengekalkan dominasi mereka di tangga teratas dengan jumlahjualan unit 3,06 juta, dan memegang pasaran sebanyak 34 peratus.

    OPPO berada di tangga kedua dengan angka jualan sebanyak 916,000 unit, manakala Huawei dan ASUS berada di tangga ketiga dan keempat masing-masing dengan angka jualan sebanyak 852,000 dan 842,000 unit. Apple pula berada di nombor lima dengan angka jualan sebanyak 715,000 unit.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page