Luar Negara Harga minyak tidak mungkin cecah USD100 setong

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,068
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +14 / 0 / -0
    [​IMG]

    KUALA LUMPUR 11 Jan. - Syarikat-syarikat minyak utama dunia dijangka tidak memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) yang tinggi pada tahun ini selagi negara di bawah Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC belum mematuhi langkah mengurangkan pengeluaran minyak.

    Penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Lim Sin Kiat berkata, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) juga dilihat akan mengambil langkah sama setelah menyatakan komitmen untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 20,000 tong sehari bermula bulan ini.

    Katanya, peningkatan harga minyak secara dasarnya tidak membawa perubahan yang signifikan kepada pasaran minyak dan gas (O&G) tempatan apabila Petronas dijangka masih ‘keberatan’ untuk meningkatkan capex secara berperingkat-peringkat.

    “Dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan bekalan sebanyak 20,000 tong sehari, kami yakin Petronas tiada peruntukan capex yang besar tahun ini berbanding 2016.

    “Namun, kami menjangkakan terdapat peningkatan tahun ke tahun dalam harga minyak didorong oleh aktiviti penggerudian yang bertambah sedikit. Ini bagi mengekalkan pengeluaran minyak dan permintaan dalam industri kapal sokongan luar pantai (OSV) terutama bagi tongkang penginapan untuk menampung lebih ramai pekerja yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan luar pesisir,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

    Petronas membuat pelarasan itu selepas OPEC dan bukan OPEC pada 30 November lalu, memutuskan mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari mulai bulan ini dalam usaha menamatkan lebihan bekalan global.

    Beberapa pengeluar bukan OPEC termasuk Rusia turut bersetuju mengurangkan pengeluaran kira-kira 560,000 tong sehari. Antara negara bukan OPEC yang turut serta ialah Mexico yang akan mengurangkan pengeluaran 100,000 tong sehari, Azerbaijan (35,000), Oman (40,000) dan Kazakhstan (20,000).

    Menurut Reuters, setakat petang ini, harga minyak sedikit menokok susulan laporan pengurangan bekalan oleh Arab Saudi, namun pasaran kekal di bawah tekanan disebabkan keputusan OPEC belum menampakkan hala tujunya sementara bekalan pula semakin meningkat.

    Harga minyak mentah Brent diniagakan pada AS$53.85 (RM240.87) setong, meningkat 21 sen (94 sen) berbanding semalam, manakala West Texas Intermediate (WTI) meningkat 25 sen (RM1.21) kepada AS$51.07 (RM228.44) setong.

    Walau bagaimanapun menurut Sin Kiat, harga minyak tidak mungkin kembali kepada paras AS$100 (RM447.30) setong seperti diharapkan ramai pihak sebaliknya mengunjurkan harga minyak sekitar AS$50 hingga AS$60 (RM223.65 hingga RM268.38) setong tahun ini.

    “Dengan mengambil kira kepentingan perolehan minyak kepada negara utama OPEC, kami berpendapat bahawa langkah untuk mematuhi keputusan pengurangan bekalan seperti dalam mesyuarat di Vienna, Austria adalah mencabar,” katanya. - Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page