Teknologi Grab Menawarkan Sejumlah Bonus RM 30,000 Untuk Pemandu Baru

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

By Deli on Jan 12, 2017 at 3:32 PM
  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    7,483
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Sepuluh hari telah berlalu dalam tahun baru ini. Apakah azam baru anda untuk tahun ini? Atau azam tahun lepas yang telah dibawa untuk tahun ini? Adakah tahun ini anda berhasrat untuk memiliki kereta baru, atau ingin mengembara ke luar negara? Atau ingin mencari pasangan hidup? Semua itu tertakluk kepada pendapatan anda.

    Jika anda ingin menambah sekelumit pendapatan anda, mungkin ada baiknya anda menjadi pemandu GrabCar dan khusus untuk bulan ini terdapat sejumlah bonus RM 30,000 menanti pemandu baru.

    [​IMG]Secara kasarnya setiap kali pemandu baru memulakan GrabCar, pemandu tersebut akan mula memperoleh wang upah. Grab dalam ingin menyambut tahun baru mengikut gaya mereka yang tersendiri mengadakan pertandingan sebegini bagi memberikan insentif tambahan buat pemandu baru.

    Bagi mendapatkannya, pengguna hanya perlu mendaftar dan menerima pengesahan dari Grab untuk memulakan pemanduan sebagai GrabCar. Kemudiannya, pemandu yang telah didaftarkan hanya perlu memandu sebanyak mungkin dalam tempoh 30 hari pertama, sehingga 29 Januari untuk berpeluang memenangi hadiah yang menarik. Anda tidak akan rugi kerana pada masa yang sama anda tetap akan memperoleh pendapatan tambahan.

    Pemenang akan dipilih berdasarkan perjalanan terbanyak yang telah mereka lakukan. Pembahagian pemenang adalah seperti berikut:

    • Pemandu yang telah melengkapkan perjalanan terbanyak: RM 3,000
    • Tempat ke-2: RM 2,000
    • Tempat ke-3 hingga ke-12: RM 1,000
    • Tempat ke-13 hingga ke-27: RM 500
    • Tempat ke-28 hingga ke-60: RM 250

    adi apa yang anda tunggu lagi? Sekiranya kenderaan anda merupakan kereta yang baru sahaja dibeli selepas tahun 2011, adalah lebih mudah untuk anda mendaftar sebagai pemandu Grab.

    • Langkah #1: Daftar di http://my.grabcar.com/signup
    • Langkah #2: Lengkapkan pendaftaran, latihan dan sesi soal jawab secara atas talian.
    • Langkah #3 Sahkan dokumen anda seperti kad pengenalan, lesen memandu, dan insurans kereta di mana-mana kiosk Grab berhampiran.

    Dan dengan hadiah yang lumayan, anda pastinya dapat melakukan sesuatu dengan wang kemenangan tersebut.

    Cepatlah mendaftar dan pandulah sebelum tarikh 29 Januari menjelang tiba.

    Daftar sebagai: Pemandu GrabCar

    Penafian: Advertorial dari Grab

    Sumber: Amanz
     
  2. Loading...


Comments

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jan 12, 2017.

Share This Page