Teknologi Google Maps Kini Memudahkan Anda Menyimpan Info Mengenai Lokasi Parkir Anda

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Mar 21, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    11,234
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Seringkali terutamanya apabila memasuki pusat membeli-belah, kita akan merakamkan gambar lokasi parkir dan menyimpannya untuk rujukan apabila waktu balik kelak. Menyedari proses berkenaan, pihak Google telah sedia mengingatkan lokasi parkir melalui Google Now sebelum ini, dan kini ia hadir terbina pada aplikasi Google Maps.

    Melalui versi beta terkini Google Maps, pengguna boleh tap pada ikon berwarna biru, dan memilih untuk menyimpan lokasi parkir kenderaan mereka.

    [​IMG]

    Menariknya, lanjutan daripada itu, selain hanya lokasi semata-mata, anda turut boleh menambah nota dan merakamkan gambar untuk rujukan. Selain itu, sekiranya ia bergantung kepada parkir berbayar mengikut tempoh-masa, pengguna boleh menetapkan baki waktu sejak mereka melakukan parkir berkenaan.

    Google masih mengujinya pada peringkat beta buat masa ini, dan ia dijangka diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page