Dalam Negara Gadis Myanmar comel mati dengan 5 tikaman di Setapak

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 20, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,620
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Gambar tengah, wanita Myanmar yang ditemui dibunuh dalam bilik sewanya di Setapak, malam tadi, manakala gambar kiri, lelaki yang dikatakan teman lelakinya yang ditahan untuk siasatan. - Foto HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR/Ihsan PDRM

    Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Myanmar ditemui maut dengan lima kesan tikaman di dada, dalam bilik sewanya di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengusaha restoran yang juga majikan teman lelaki mangsa, pada 8.45 malam.

    “Pengusaha restoran berkenaan dimaklumkan pekerjanya mengenai penemuan mayat wanita berusia 26 tahun itu di bilik sewanya yang terletak di tingkat satu rumah kedai berkenaan.

    "Siasatan awal mendapati terdapat lima kesan tikaman di dada, selain kesan tetakan pada pergelangan lengan kanan mangsa. Polis turut menemui senjata di bawah katil berhampiran mayat mangsa ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini, hari ini.

    Mohamad Roy berkata, polis menahan teman lelaki mangsa yang juga warga Myanmar, seorang lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki Vietnam berusia antara 25 hingga 28 tahun.

    "Lelaki Indonesia dan Vietnma itu adalah jiran mangsa yang tinggal di bilik sewa tingkat satu dan dua rumah kedai berkenaan.

    "Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Gigahertz

    Newbie

    Joined:
    Mar 2, 2014
    Messages:
    41
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    6
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    myanmmar suka pakai bedak banyak banyak sambil junjung bakul atas kepala
     
  5. anuarlela8284

    freshman

    Joined:
    Saturday
    Messages:
    4
    Likes Received:
    1
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +1 / 0 / -0
    Banyak sangat dah org asing kat negara kita nie.. jenayah berleluasa..
     

ibeli4u

Share This Page