Dalam Negara Gadis lari ikut teman lelaki ditemui selamat di pasaraya

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 11, 2017.

By Net on Feb 11, 2017 at 1:14 PM
  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,031
    Likes Received:
    10
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +14 / 0 / -0
    [​IMG]
    Zi Rou (dua dari kanan) bersama Lee Ling (dua dari kiri).

    Kuantan: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai lari mengikut teman lelaki pada 30 Januari lalu ditemui selamat di pasar raya di Bahau, Negeri Sembilan, Ahad lalu.

    Menurut ibu saudaranya, Voo Lee Ling, 44, dia menerima panggilan polis berhubung penemuan anak saudaranya, Voo Zi Rou yang dikesan bersama seorang lelaki di pasar raya itu.

    “Saya terus bergegas ke Bahau mengambil Zi Rou yang ketika itu berada di bawah pengawasan polis.

    “Ketika sampai di sana, saya lihat Zi Rou bersama teman lelakinya berusia 17 tahun dalam keadaan bergari,” katanya.

    Sebelum ini Harian Metro melaporkan kehilangan Zi Rou di kedai di Jalan Teluk Sisek, di sini, selepas meminta izin ke tandas ketika makan bersama keluarganya.

    Menurut keluarganya, ini kali kedua remaja itu melarikan diri sejak pulang ke negara ini, awal Januari lalu.

    Sebelum ini, Zi Rou menetap di Kemboja bersama bapanya.

    Lee Ling berkata, dia lega anak saudaranya pulang ke pangkuan keluarga.

    “Saya berharap remaja lelaki itu dikenakan tindakan sewajarnya supaya tidak mengulangi kesalahan itu,” katanya. - Metro
     
  2. Loading...

    Similar Threads - Gadis lari ikut
    1. Net
      Replies:
      0
      Views:
      2,221
    2. Net
      Replies:
      0
      Views:
      2,571
    3. Net
      Replies:
      0
      Views:
      1,875
    4. Net
      Replies:
      0
      Views:
      1,181
    5. Net
      Replies:
      0
      Views:
      1,048

Comments

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 11, 2017.

Share This Page