Dalam Negara Gadis kolej penumpang MRT ke 1 juta, dapat iPad

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 11, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,895
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Ng Zhi Zhi .. penumpang ke sejuta MRT hari ini. - Foto MRT Corp

    [​IMG]
    [​IMG]

    Kuala Lumpur: Pelajar kolej diraikan sebagai penumpang Transit Aliran Massa (MRT) ke sejuta hari ini, selepas 27 hari perkhidmatan laluan pertama, Sungai Buloh-Kajang (SBK), memulakan operasinya.

    Prasarana Malaysia Berhad dan MRT Corp dalam kenyataan bersama berkata, Ng Zhi Zhi dihadiahkan Ipad dan barangan lain termasuk kad Touch 'n Go edisi khas.

    Beliau disapa sebaik memasuki pintu masuk tambang di stesen MRT Sungai Buloh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman dan Pengarah Pengurusan Tanah, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

    Laluan SBK dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Disember 2016, dengan promosi sebulan perjalanan MRT dan bas pengantara percuma.

    Pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan itu akan mula membayar tambang pada 17 Januari.

    Zohari dipetik sebagai berkata, Rapid Rail akan terus meningkatkan standard perkhidmatan MRT sejajar dengan aspirasi syarikat induknya, Prasarana Malaysia Berhad bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia.

    "Ini adalah hari bersejarah buat MRT. Memperoleh sejuta penumpang dalam masa kurang sebulan mencerminkan sambutan amat menggalakkan daripada orang awam," katanya.

    Sementara itu, Haris yakin fasa kedua MRT, antara Semantan dan Kajang akan dapat membuka laluannya seperti dijangka iaitu Julai.

    "Kerja pembinaan akhir bagi fasa dua, membabitkan seksyen bawah tanah dan selatan sedang giat dijalankan. Pada masa ini, kemajuan (projek) adalah 95 peratus," katanya dalam kenyataan itu. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,895
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Sudah 1.2 juta penumpang MRT setakat semalam

    SUNGAI BULOH: Tren Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (MBK) memulakan operasi tambang hari ini, sebulan selepas mula beroperasi pada 16 Disember lalu.


    Kadar tambang bayaran tunai bermula dari 80 sen hingga RM3.90 bagi bayaran tunai dan antara 80 sen hingga RM3.40 penggunaan kad Touch n Go untuk perjalanan sehala.

    Setakat semalam, kira-kira 1.2 juta penumpang direkodkan menggunakan perkhidmatan MRT Laluan SBK dalam tempoh sebulan.

    Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Muhammad Isom Azis, berkata antara 27,000 hingga 30,000 penumpang didapati menaiki MRT setiap hari dan bilangannya lebih tinggi pada hujung minggu atau cuti umum.

    "Kita meletak sasaran mengekalkan jumlah penumpang bermula hari ini memandangkan perkhidmatan MRT mula dikenakan caj selepas tempoh percuma berakhir semalam," katanya pada sidang media di Stesen MRT Sungai Buloh di sini, hari ini.

    Muhammad Isom turut mengingatkan penumpang MRT menjaga keselamatan dan tidak melakukan perbuatan yang membahayakan.

    "Kita menerima laporan mengenai tindakan sekumpulan penumpang yang mana seorang daripada mereka menahan pintu tren daripada ditutup bagi membolehkan rakan lain masuk.

    "Perbuatan ini berbahaya dan kita akan mendidik penumpang supaya tidak melakukannya lagi.

    "Begitu juga ada kanak-kanak yang bermain butang kecemasan dan perlu diingatkan supaya tidak menyentuhnya," katanya.


    [​IMG]
    Orang ramai mula membeli tiket Mass Rapid Transit (MRT) pada hari pertama pembayaran dengan kadar tambang antara RM1.20 sehingga RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan dan kaedah pembelian tiket di Stesen MRT Sungai Buloh. - Foto NSTP/Saddam Yusoff

    1.2 juta penumpang MRT setakat semalam | Semasa | Berita Harian
     
  5. JomHoneymoon

    Newbie

    Joined:
    Jan 17, 2017
    Messages:
    23
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Wahh..Tahniah kepada gadis bertuah ni..Hari ni dah start kena bayar ye
     

ibeli4u

Share This Page