Dalam Negara Gadis kolej mengaku sembunyi kelahiran bayi lelaki

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Nov 23, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,899
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    NURUL Afiqah

    Kuala Lumpur: Seorang penuntut kolej mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi lelaki yang dilahirkannya, dua minggu lalu.

    Nurul Afiqah Mohd Rahshedi, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

    Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 22 Disember ini untuk mendapatkan laporan sosial berikutan tertuduh adalah pesalah muda dan membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wahyu 2, Jalan Sibu, Sentul, jam 1.16 pagi, 9 November lalu.

    Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Ketika disoal mahkamah, tertuduh yang hadir ditemani ayah saudara dan ibu saudaranya memaklumkan dia adalah anak pertama daripada empat beradik.

    Menurutnya, ibu bapanya tahu dia didakwa di mahkamah namun tidak hadir kerana bapanya bekerja manakala ibunya berada di kampung. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page