Luar Negara Duta Russia ke Turki ditembak ketika berucap

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Dec 20, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,642
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Petikan rakaman video suspek selepas Karlov ditembak berkali-kali.

    ANKARA - Duta Rusia ke Turki, Andrey Karlov ditembak beberapa kali di bahagian belakang badan oleh suspek yang tidak dikenali ketika menyampaikan ucapan perasmian pameran fotografi di sini sebentar tadi.

    Karlov disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada tembakan berkenaan.

    Saksi di tempat kejadian berkata, selepas menembak Karlov, suspek bercakap mengenai situasi yang berlaku di Aleppo, Syria.

    Penembak itu juga berkata, dia tidak akan meninggalkan lokasi insiden itu hidup-hidup.

    Keadaan menjadi tegang selepas tembak menembak berlaku antara suspek dan juga pasukan keselamatan dan media Turki mengesahkan suspek ditembak mati dalam kejadian itu. - AP/Kosmo


    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,642
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Britain, NATO dituduh dalang pembunuhan duta Russia

    MOSCOW: Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diheret sama dalam kes pembunuhan Duta Rusia ke Turki pada Isnin selepas kedua-dua pihak itu didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab atas insiden terbabit.


    Mangsa, Andrey Karlov dibunuh oleh polis Tukri, Mevlut Mert Altintas, 22, dalam kejadian yang disifatkan Rusia sebagai tindakan keganasan.

    Namun pemimpin kumpulan ultranasionalis Rusia, Vladimir Zhirinovsky mempersalahkan Britain atas kejadian tragis itu dengan dakwaan insiden itu bertujuan menghalang lawatan akan datang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ke Moscow untuk mengukuhkan hubungan dengan Presiden Vladimir Putin.

    "Blok Barat cuba mencetuskan perbalahan antara kita (Turki dan Rusia). Semua konflik didalangi oleh Britain.

    "Insiden tersebut dilakukan dengan sengaja bagi menjejaskan lawatan Erdogan. Kini lawatan itu pasti akan ditangguhkan," katanya.

    Sementara itu, Senator Rusia, Frantz Klintsevich yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan Rusia, menuding jari kepada NATO ekoran pembunuhan Karlov.

    "Mungkin kejadian itu didalangi Daesh atau pemberontak Kurdis yang cuba menggugat kedudukan Erdogan.

    "Tetapi kemungkinan besar wujud gerakan daripada perkhidmatan rahsia NATO dalam insiden berkenaan.

    "Tragedi yang berlaku merupakan satu provokasi jelas dan cabaran besar kepada Rusia," katanya.

    Dalam kejadian terbabit, Karlov, 62, ditembak sebanyak sembilan das oleh Mevlut ketika beliau sedang menyampaikan ucapan pada satu majlis pameran seni di Ankara.

    Mevlut kemudiaan ditembak mati oleh pihak berkuasa Turki dan polis turut menahan ibu serta kakak suspek untuk membantu siasatan.


    [​IMG]

    Britain, NATO Dituduh Dalang Pembunuhan Duta Rusia - Berita Dunia | mStar
     
  5. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    14,642
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Turki, Russia bekerjasama cari dalang pembunuhan duta

    [​IMG]

    ANKARA: Penyiasat Russia tiba di ibu negara Turki, hari ini dengan misi mahu memastikan sama ada pembunuhan duta mereka, Andrei Karlov, hanya membabitkan seorang lelaki bersenjata atau pun satu konspirasi yang lebih besar.


    Kedua-dua negara yang menyokong pihak bertentangan dalam perang Syria tidak mahu kejadian itu menjejaskan usaha memperbaiki hubungan mereka.

    Menurut jurucakap Presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskov, seramai 18 penyiasat Russia dan pegawai Kementerian Luar pergi ke Turki untuk menyiasat pembunuhan itu.

    Duta berusia 62 tahun itu ditembak mati ketika memberi ucapan pada majlis pameran foto di sebuah galeri, di sini, semalam.

    Mayat Karlov dan keluarganya akan dibawa pulang ke Russia dengan pesawat yang membawa kumpulan penyiasat terbabit.

    Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, berkata Turki dan Russia akan bekerjasama untuk mencari dalang 'serangan kejam pengganas' terhadap Karlov.

    "Turki dan Russia sudah menunjukkan kepada dunia apa yang boleh dicapai apabila mereka bekerjasama," kata Cavusoglu ketika hadir mesyuarat dengan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov, di Moscow.

    Pegawai pertahanan Turki, Russia dan Iran turut hadir dalam pertemuan itu. - AP


    Turki, Russia bekerjasama cari dalang pembunuhan duta | Dunia | Berita Harian
     

ibeli4u

Share This Page