Dalam Negara DSV kecewa tak dijemput ke AJL 31

Discussion in 'Selebriti & Hiburan' started by Net, Jan 23, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,892
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    Dr. Vida bengang kerana tidak dijemput ke AJL31 hanya disebabkan dia bukan lagi penaja utama. - UTUSAN ONLINE/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

    KOTA BHARU 22 Jan. - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida meluahkan rasa kecewa apabila beliau dikatakan tidak dibenarkan untuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

    Beliau mendakwa pihak berkenaan memberikan alasan bahawa tiket untuk ke program tersebut telah habis.

    Hasmiza menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak profesional apatah lagi beliau adalah bekas penaja utama anugerah itu pada tahun 2014 dan 2015.

    "Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama.

    "Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - Utusan
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,892
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    DS Vida dihalang hadir AJL

    [​IMG]

    KOTA BHARU 22 Jan. – Pengasas syarikat Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Vida menyifatkan tindakan menghalangnya untuk hadir ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 malam ini sebagai tidak profesional.


    Vida berkata, kehabisan tiket yang dijadikan sebagai alasan seolah-olah mahu menghalang beliau untuk turut sama hadir ke konsert berkenaan.

    Menurutnya, sebagai bekas penaja utama rancangan tersebut selama dua tahun iaitu 2014 dan 2015, beliau tidak sepatutnya diberikan layanan sedemikian rupa.

    “Saya telah memberi tajaan berjumlah RM5.6 juta sepanjang tempoh berkenaan. Walaupun bukan sebagai penaja utama tetapi sekurang-kurangnya berilah ruang itu (untuk hadir) atas dasar bekas penaja.

    “Kalau itu tidak boleh, be*rilah atas dasar peminat AJL,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Vida merupakan antara jutawan kosmetik yang sering memeriahkan industri hiburan tanah air menerusi tajaan dalam bentuk rancangan realiti televisyen.

    Antara rancangan yang pernah ditajanya adalah Mentor Millenia, Bintang Mencari Bintang, Ceria All Star dan paling mencipta popular iaitu Gegar Vaganza.

    Beliau memberitahu, tindakan tersebut juga seolah-olah tidak menghargai sumbangannya bagi memeriahkan industri hiburan tanah air.

    Katanya, beliau tidak mempunyai motif atau agenda tersembunyi dan hanya mahu hadir bagi memberikan sokong*an pada AJL 31.


    Vida dakwa dihalang hadir AJL - Nasional - Utusan Online
     

ibeli4u

Share This Page