Luar Negara Donald Trump, Presiden US tertua dalam sejarah

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 17, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0


    [​IMG]

    WASHINGTON: Apabila Donald Trump diisytiharkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 Jumaat ini, beliau akan menjadi presiden paling tua dipilih dalam sejarah negara itu.


    Purata usia kesemua 44 Presiden AS yang mentadbir Rumah Putih hanyalah 55 tahun sementara Trump kini berusia 70 tahun.

    Sehingga kini, Ronald Reagan memegang gelaran presiden tertua AS. Beliau berusia 69 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan pada 1981.

    George H.W. Bush juga dianggap berusia berbanding purata apabila mengambil alih jawatan itu pada usia 64 tahun dan menariknya, memegang rekod cemerlang di kalangan bekas presiden.

    Tahun ini menandakan ulang tahun ke-72 perkahwinannya dengan isteri, Barbara, menjadikan mereka pasangan paling lama berkahwin dalam sejarah Presiden AS.

    Pada skala usia berbeza, Theodore Roosevelt menjadi Presiden AS paling muda dalam sejarah susulan pembunuhan Presiden William McKinley pada 1901. Roosevelt berusia 42 tahun ketika memegang jawatan itu.

    John F. Kennedy tua setahun daripada Roosevelt apabila mentadbir Rumah Putih 60 tahun kemudian pada usia 43 tahun. -Agensi/BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. JomHoneymoon

    Newbie

    Joined:
    Jan 17, 2017
    Messages:
    23
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Moga moga panjang umur , ramai pulak yang tak suka kat dia ni..tapi menang pilihan raya ..camana tu?
     

ibeli4u

Share This Page