Dalam Negara Disumbat dalam guni, dicampak dalam sungai kerana cintai suami orang

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 8, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,849
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    Wanita Indonesia yang dilarikan dan dicampak ke dalam Sungai Klang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba kelmarin.

    SHAH ALAM – Gara-gara berkasih dengan suami orang, seorang wanita Indonesia ditangkap, disumbat dalam guni sebelum dicampak ke Sungai Klang dari jambatan di Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di Seksyen 24 di sini kelmarin.

    Bagaimanapun, berkat umur masih panjang, mangsa yang berusia 37 tahun dan merupakan seorang pekerja kilang diselamatkan anggota bomba selepas setengah jam wanita itu terapung-apung di sungai tersebut.

    Semasa ditemui, mangsa itu berjaya keluar daripada guni yang tidak diikat namun kedua-dua belah kaki dan mulutnya masih diikat menggunakan pita pelekat. Mangsa juga mengalami kecederaan pada kepala dan kedua-dua belah kakinya.

    Difahamkan, kekasih mang*sa merupakan suami orang dan merupakan warga Malaysia.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya di Taman Sri Muda dekat sini telah didatangi dua lelaki warga tempatan ber*usia 20-an pada pukul 10.30 pagi.

    “Kedua-dua lelaki itu me*ngarahkan mangsa menaiki sebuah van untuk ke satu lokasi dengan alasan membawa wanita itu berubat.

    “Namun begitu, semasa dalam perjalanan, seorang lelaki terus mencekup mulut mangsa menggunakan sarung tangan,” kata beliau di sini semalam.

    Katanya ketika berada dalam van, kaki serta mulut mangsa diikat selain mangsa turut dipukul dengan batang besi sebelum dia disumbat ke dalam guni serta dicampak ke dalam sungai dari ketinggian 15 ke 20 meter.

    "Suspek dipercayai berharap mangsa mati namun, umurnya masih panjang dan berjaya diselamatkan.

    "Susulan itu kira-kira 10 malam tadi sepasukan polis berjaya kesan seorang suspek berumur 21 tahun di rumah di Padang Jawa, Klang sebelum menahan seorang lagi suspek berumur 22 tahun juga di Padang Jawa 2.30 pagi tadi," katanya.

    Beliau berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada suspek tidak berpuas hati dengan kelakuan mangsa yang menjalin hubungan dengan anggota keluarga seorang daripada suspek terbabit.

    Shafien berkata, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kini direman sehingga 13 Feb ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. - Kosmo
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,849
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    2 mengaku salah campak kekasih suami orang dalam sungai

    [​IMG]
    MUHAMMAD Afiq Jamli (kiri) dan Mohamad Aidilfitri Mohd Powet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang wanita dengan cara mencampakkan mangsa ke Sungai Klang, 6 Februari lalu. - FOto Mohd Asri Saifuddin Mamat

    SHAH ALAM: Dua pemuda mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang wanita dengan cara mencampakkan mangsa ke Sungai Klang, 6 Februari lalu.

    Mohamad Aidilfitri Mohd Powet dan Muhammad Afiq Jamli, masing-masing berusia 21 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Slamat Yahya, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Mengikut kertas pertuduhan mereka didakwa memukul wanita warga Indonesia, Misnah Sri Wahyunengsih dan memasukkan mangsa ke dalam guni, mengikat kaki serta mencampak wanita itu ke Sungai Klang, dengan niat cubaan membunuh.

    Perbuatan itu dilakukan di Jambatan Sungai Klang, Lebuhraya Kota Kemuning Shah Alam (LKSA), Seksyen 24 di sini, jam 11 pagi, 6 Februari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    Mahkamah menetapkan 15 Mac depan bagi mendengar laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


    Dua mengaku campak wanita ke sungai | Jenayah / Mahkamah / Tragedi | Berita Harian
     
  5. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,849
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    Keputusan perbicaraan cubaan bunuh wanita Indonesia ditangguh 3 April

    [​IMG]
    GAMBAR FAIL 13 Febuari lalu menunjukkan dua sahabat, Mohamad Aidilfitri Mohd. Powet (depan) dan Muhammad Afiq Jamli (belakang) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam. - UTUSAN ONLINE/SAHARUDDIN ABDULLAH

    SHAH ALAM 15 Mac - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan hukuman terhadap dua pemuda yang dituduh cuba membunuh seorang warga Indonesia dengan cara memasukkan mangsa ke dalam guni sebelum mencampaknya ke dalam Sungai Klang Februari lalu ditangguhkan pada 3 April depan.

    Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh tersebut berikutan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak siap sepenuhnya dan tertuduh kedua meminta menangguhkan prosiding mahkamah kerana peguamnya tidak hadir.

    13 Februari lalu, tertuduh, Mohamad Aidilfitri Mohd. Powet dan Muhammad Afiq Jamli masing-masing berusia 21 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan terhadap mereka.

    Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba membunuh seorang warga Indonesia dengan cara memasukkan mangsa ke dalam guni sebelum mencampaknya ke dalam Sungai Klang dari sebuah jambatan di Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), 6 Februari lalu.


    Artikel Penuh: Keputusan perbicaraan cubaan bunuh warga Indonesia ditangguh 3 April - Mahkamah - Utusan Online
     

ibeli4u

Share This Page