Dalam Negara Di sebalik komplikasi berkhatan, pakar kanak-kanak beri penjelasan

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,444
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Liputan luas di Internet dan media, di samping sifat mental dan fizikal kanak-kanak zaman sekarang juga menyumbang kepada komplikasi prosedur berkhatan.

    PETALING JAYA: Berkhatan merupakan amalan biasa yang dilakukan penganut pelbagai agama, khususnya umat Islam dan Yahudi.

    Di Malaysia seperti di negara lain, ia melibatkan pembedahan kecil yang boleh dilakukan tanpa sebarang komplikasi. Kini, hampir semua orang memilih prosedur di klinik, menggantikan peranan Tok Mudim di luar bandar beberapa dekad lalu.

    Beberapa kes tersalah potong ketika prosedur khatan bagaimanapun menimbulkan persoalan sama ada kaedah yang digunakan adalah selamat, malah menimbulkan persepsi doktor yang tidak berkemahiran dibenarkan menjalankan prosedur itu.

    Dr Abdul Razak Mohammed, pakar bedah kanak-kanak di Hospital Pakar KPJ Damansara dengan pengalaman 28 tahun, biasa menjalankan prosedur khatan di kliniknya.

    Bercakap kepada FMT, Dr Razak berkata 3 kaedah berkhatan digunakan pada masa ini iaitu “clamp”, gunting dan diathermy.

    “Clamp” adalah alat digunakan untuk mengepit kulit berlebihan, dengan tujuan melindungi kepala zakar ketika pemotongan kulit dilakukan.

    Kaedah gunting pula melibatkan 2 cara, sama ada dorsal slit atau gullotine.

    Bagi Dr Razak, kecederaan semasa melakukan berkhatan mungkin disebabkan teknik gullotina yang mengepit kulit berlebihan.

    Manakala kaedah ketiga, diathermy, menggunakan sebuah mesin melakukan pembedahan kecil

    [​IMG]
    Dr Razak menunjukkan mesin diathermy yang digunakan olehnya untuk mengkhatankan kanak-kanak.

    “Ia sebuah mesin yang boleh dikawal suhunya. Apabila suhu tidak begitu tinggi, ia tidak membakar kulit ketika dipotong,” katanya sambil sibuk melakukan khatan ke atas seorang bayi ketika dikunjungi FMT di bilik bedahnya.

    “Kalau suhu tinggi sangat, kulit boleh hangus, boleh jadi hitam.”


    Komplikasi berkhatan

    Menurut Dr Razak, terdapat komplikasi apabila melakukan kaedah clamp dan gunting.

    Menerusi kaedah clamp, komplikasi yang akan berlaku termasuk jangkitan, ketidakselesaan kepada pesakit dan berkemungkinan pemotongan yang dilakukan itu juga kurang sempurna seperti terkumpul kulit berlebihan.

    Beliau yang juga merupakan pakar bedah am berkata, menerusi penggunaan gunting, komplikasi yang sering berlaku adalah pendarahan.

    “Bila ada pendarahan, kita terpaksa lakukan pembalutan. Bila balut, kadang-kadang ada risiko jangkitan menyebabkan lambat sembuh dan kemudiannya menimbulkan kesakitan,” katanya yang sering melakukan pembedahan khatan.

    Berdasarkan pemerhatiannya, perkara yang boleh mendatangkan kecederaan semasa berkhatan adalah ke atas kepala zakar.

    “Ini boleh terjadi disebabkan tergunting kepala zakar itu atau terkena besi panas (bukan diathermy).

    “Bila besi panas, pesakit bergerak-gerak, kadang-kadang boleh luka.”
    Beliau bagaimanapun tidak pasti kaedah yang digunakan doktor lain.

    “Kalau pakai diathermy memang selamat,” katanya yang melakukan pembedahan pada kanak-kanak baru lahir sehingga berumur 12 tahun.

    Dr Razak berkata amat sukar berlaku kes seperti terpotong seluruh kepala zakar.

    “Kepala zakar seperti daging, seperti isi. Bukan senang sehingga terpotong semua kepala zakar itu. Setahu saya, ada kemungkinan sebahagian daripada kepala zakar itu terpotong.

    “Tetapi ini akan menyebabkan bentuk kepala zakar itu tak begitu sempurna. Kepala zakar itu berbentuk bulat tetapi bila dah terjadinya kes seperti ini, mungkin terdapat kecacatan pada kepala zakar,” jelasnya, sambil menambah kecederaan pada saluran kencing boleh dirawat dengan mudah.

    Menurut Dr Razak, kecederaan kepala zakar tidak bermakna seseorang tidak dapat melakukan seks atau mendapat ereksi, kerana ia masih lagi boleh berfungsi seperti normal.

    “Kalau boleh kencing, air mani pun boleh keluar,” katanya.

    “Bila (arah air) ke depan, boleh hasilkan zuriat. Tak semestinya dia selama-lamanya tak boleh hasilkan anak,” katanya menolak kebimbangan sesetengah pihak.

    Dr Razak berkata faktor lain dan perubahan zaman turut menyumbang kepada kes kecederaan semasa berkhatan.

    Menurutnya, pada zaman dahulu kanak-kanak lebih berani dan tidak ramai mengalami masalah kegemukan.

    “Bila masalah kegemukan pada kanak-kanak ini, (apabila mahu melakukan khatan) kulit itu tebal dan kemungkinan kemaluan itu terlindung. Sebab lemak di bawah itu menutup kemaluan itu,” katanya.

    Beliau juga tidak menolak peranan media dan internet yang menyebabkan kesilapan berkhatan mendapat liputan lebih meluas.

    “Saya yakin ada juga kecederaan berlaku masa dulu, tapi tak dilaporkan.” - FMT
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page