Teknologi Dapatkan Kembali Wang Tunai Untuk Pembelian Atas-Talian Melalui Shopback

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Jun 6, 2016.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,895
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Jika anda gemarkan membeli-belah diatas talian, pastinya anda inginkan lebih diskaun atau pulangan nilai kepada pembelian anda. Terdapat banyak cara untuk mendapat penjimatan sebegini, sama ada menerusi promosi secara terus, ataupun promosi berpusat. Salah satu halaman yang menawarkan pulangan nilai untuk pelbagai laman pembelian atas talian adalah ShopBack dan menariknya pulangan tersebut adalah dalam bentuk wang tunai yang boleh terus dimasukkan ke akaun bank pengguna.

    [​IMG]ShopBack merupakan startup yang berasal dari Singapura, dan telah ditubuhkan pada 2014. Ia mula bertapak di Malaysia bermula tahun lepas dan menyediakan pulangan tunai buat pembelian yang dilakukan menerusi halaman mereka. Di halaman rasmi mereka, terdapat pelbagai kedai atas talian yang menyediakan promosi pulangan tunai malah lebih dari 300 jenama terdapat di halaman ini. Pengguna boleh memilih sama ada untuk membeli atau menambah kredit nilai prabayar menerusi Lazada, membeli barangan secara pukal dari halaman Taobao.com, menempah makanan dari Foodpanda, membeli tiket penerbangan baik dari AirAsia mahupun Expedia, dan pelbagai lagi.

    [​IMG]

    Bagi mendapatkan pulangan tunai, pengguna hanya perlu memilih dari pelbagai laman yang disediakan dan melakukan pembelian. Pulangan tunai pula berbeza bagi setiap jenama. Sesetengah jenama menyediakan pulangan dalam bentuk peratus pembelian seperti Taobao yang menawarkan 40% dari jumlah pembelian manakala terdapat jenama yang memberikan pulangan dalam nilai yang tetap, seperti Expedia yang menawarkan pulangan RM 66. Pulangan tunai tersebut akan diberikan semula dalam tempoh tertentu, bergantung kepada jenama tersebut. Sesetengah jenama memerlukan tempoh sehingga 60 hari bagi memastikan pembelian tersebut sah tanpa sebarang pembatalan atau pemulangan. Sesetengah jenama seperti Lazada hanya memerlukan 15 hari untuk mengesahkan pembelian anda.

    Dalam menjelaskan mengenai Shopback, Ketua Pegawainya iaitu Gil Carmo menyatakan konsep sebegini semakin mendapat tempat di hati pengguna, dimana ia membolehkan pengguna mendapatkan nilai lebih dan berbeza berbanding penggunaan kupon. Jika kupon memerlukan pengguna membawanya bersama ketika pembelian, Shopback menawarkan pulangan tunai dan ia boleh dimasukkan terus ke akaun bank. Ini juga berbeza dengan tabiat jenama yang kerap menghadiahkan kupon bernilai lebih RM 100, namun memerlukan pengguna untuk berbelanja RM 500 bagi melayakkan penggunaan kupon tersebut.

    [​IMG]

    Menerusi Shopback juga, ia secara tidak langsung mendidik pengguna untuk berbelanja secara berhemah. Ini kerana terdapat pelbagai program ganjaran atau kesetiaan yang terdapat di pasaran, dan lebih banyak seseorang itu berbelanja di Shopback, lebih banyak pulangan semula. Sebagai contoh jika anda kerap membeli baju di halaman Zalora, mereka menyediakan pulangan sehingga 12%. Jika secara purata pengguna berbelanja sehingga RM 1000, maka pulangan yang boleh diperoleh adalah sebanyak RM 120, dan perlu diingatkan pulangan ini adalah dalam bentuk tunai.

    Bagi anda yang ingin mencuba Shopback, khusus untuk pembaca Amanz, anda boleh mendapat sehingga 30% pulangan tunai menerusi pembelian di pautan berikut.

    Layari: Shopback


    Artikel ini telah terbit terlebih dahulu pada Majalah PC edisi bulan Jun 2016. Langgannya hari ini.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page