Teknologi CPU HEDT AMD Mungkin Dinamakan Threadripper/Ryzen Threadripper

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, May 20, 2017.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    9,447
    Likes Received:
    23
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +23 / 0 / -0
    Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa AMD akan mengumumkan siri CPU baru untuk segment High End Desktop (HEDT) yang dinamakan AMD Threadripper. Pada waktu itu, ramai yang menyangka bahawa nama Threadripper ini adalah nama kod untuk CPU tersebut, dan akan dinamakan Ryzen 9 sewaktu pengumuman rasminya di acara Computex nanti.

    Menurut TechPowerUp, yang membuat panggilan ke pihak AMD, nampaknya syarikat tersebut mengesahkan bahawa nama Threadripper tersebut bukanlah kod nama untuk cip pemprosesan HEDT ini, tetapi sebuah jenama dibawah nama AMD Ryzen.

    Ini bermaksud ada kemungkinan bahawa cip pemprosesan HEDT dari AMD akan hadir dengan nama AMD Threadripper/Ryzen Threadripper dan bukan AMD Ryzen 9 seperti yang disangka orang ramai. Selain dari itu, AMD dan syarikat-syarikat pembina komponen PC juga bakal menunjukkan papan induk khusus untuk CPU Threadripper ini di acara Computex nanti.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page