Luar Negara Benjy ditahan polis Indonesia sorok syabu dalam dubur

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 20, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    DADAH yang dirampas. FOTO detikNews

    [​IMG]
    BENJY yang ditutup mukanya diawasi oleh dua anggota keselamatan.

    [​IMG]
    [​IMG]

    Deli Serdang (Medan): Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ditahan petugas kastam di Lapangan Terbang Kualanamu, Sumatera Utara selepas didapati menyimpan syabu dalam duburnya, Selasa lalu.

    Ketua Penyeliaan dan Perkhidmatan Duti dan Cukai Kualanamu Zaky Firmansayah berkata, pelakon berusia 38 tahun itu menaiki pesawat Malindo Air penerbangan OD322 sebelum ditahan malam Selasa lalu.

    “Hasil pengakuan suspek, kedatangannya ke Medan dipercayai mahu mencari juruhebah (deejay).

    “Selepas pemeriksaan dilakukan, kita menemui dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya, katanya kepada Detiknews.

    Zaky berkata, Benjy mengaku membeli syabu dari seseorang di Kuala Lumpur dan pernah ditahan sebanyak empat kali di Malaysia pada 2015 membabitkan kes dadah.

    “Benjy boleh dihukum mati jika sabit kesalahan kerana mengedar dadah. Namun semuanya masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

    Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk pengesahan lanjut belum lagi berhasil.

    Pada 6 April lalu, Benjy dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Majistret Muar, Johor atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada Mac 2015.

    Sementara itu, pada 2011, Benjy didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.24 gram syabu. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    Bapa Benjy tak mampu untuk ke Indonesia

    [​IMG]
    BAPA kepada pelakon Benjy, Khairil Anwar ZM Rashidi.

    KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon Benjy yang ditahan berhubung kes dadah di Medan, Indonesia, Khairil Anwar ZM Rashidi, berkata beliau tidak mampu untuk ke negara itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes terbabit.

    Khairil Anwar, 65, ketika dihubungi BH Online berkata, beliau juga berada dalam keadaan tidak sihat akibat penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.

    "Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?

    "Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media," katanya.

    Diminta mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu, Khairil atau juga dikenali sebagai Karl berkata, tiada apa yang boleh dijelaskan lagi.

    "Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat," katanya.

    Benjy atau nama penuhnya, Khaeryl Benjamin, 38, ditahan di lapangan terbang Medan, Indonesia, kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram di negara itu.


    Bapa Benjy tak rancang ke Indonesia | Hiburan | Berita Harian
     
  5. LadyGreen

    Newbie

    Joined:
    Apr 19, 2017
    Messages:
    20
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Female
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    tak serik-serik lagi dengan kes dadah die ni+Berkerut+
     

ibeli4u

Share This Page