Dalam Negara Artis liat bayar cukai walaupun sudah jutawan

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 1, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,939
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    Akhbar melaporkan pelakon wanita yang juga duta produk kecantikan gagal membayar cukai dan berhutang hampir RM700,000. — Foto AFP

    KUALA LUMPUR, 1 Jan — Ramai artis tanah air berstatus jutawan enggan membayar cukai pendapatan malah tidak pernah menghantar borang berkaitan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lapor Harian Metro.

    Akhbar itu yang memetik sumber berkata sebahagian pelakon, pengarah dan pengacara popular liat membayar cukai namun dilihat berkereta mewah dan kerap melancong ke luar negara.

    Malah, terdapat pengarah filem dilaporkan tidak pernah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan enggan berbuat sedemikian.

    “Ia agak mengejutkan berikutan pengarah filem terbabit kerap muncul dengan menaiki kereta mewah.

    “Namun tidak dapat dipastikan mengapa dia masih enggan memaklumkan layak dikenakan cukai kepada LHDN,” kata sumber itu lagi.

    Akhbar itu turut mendedahkan pelakon wanita yang juga duta produk kecantikan luar negara gagal membayar cukai dan berhutang hampir RM700,000.

    “Jumlah itu dijangka meningkat sekiranya artis wanita itu dikenakan denda atas tindakannya enggan mengisytiharkan pendapatan tahunan diperolehi,” kata sumber sama.

    Manakala, seorang lagi pelakon wanita yang pernah memenangi pelbagai anugerah dilaporkan berhutang RM300,000.

    Beberapa pelawak yang menjadi juruhebah radio juga dilaporkan berhutang antara RM10,000 hingga RM100,000.

    Sementara itu, pelakon Rita Rudaini mengakui tidak mempunyai kesedaran membayar cukai sebelum ini namun semuanya sudah selesai.

    Lega mendapat kerjasama LHDN, Rita berpendapat ia hanyalah potongan kecil jika dibandingkan dengan pendapatan keseluruhan.

    “Kalau dalam setahun boleh pergi melancong ke luar negara lebih daripada tiga kali, kenapa tidak boleh langsaikan cukai tertunggak?” soalnya.

    Pernah mempunyai cukai tertunggak pada 2014, beliau menggalakkan artis membayar cukai sebagai tanggungjawab. - MMO
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page