Teknologi Apple Mencatatkan Keuntungan RM 37 Billion Walaupun Jualan Kesemua Produk Merudum

Discussion in 'Teknologi & Gajet' started by Deli, Oct 26, 2016.

Share This Page

  1. Deli

    Super Senior

    Joined:
    Jun 6, 2015
    Messages:
    12,133
    Likes Received:
    25
    Trophy Points:
    38
    Ratings:
    +25 / 0 / -0
    Apple mengumumkan laporan kewangan mereka untuk suku ke-tiga 2016 dan ia membawa berita baik bagi pemegang saham syarikat. Mereka mencatatkan jualan berjumlah $46.9 Billion (~RM 194.3 Billion) dengan keuntungan $9 Billion (~RM 37 Billion). Sungguhpun begitu ini ialah penurunan berbanding jualan $51.5 Billion (~RM 213.4 Billion) dan keuntungan $11.1 Bilion (~RM 467 Billion) pada suku yang sama tahun lalu.

    [​IMG]

    Penurunan keuntungan ini adalah kerana jualan produk yang menunjukkan penurunan. Sebanyak 45.5 Juta iPhone, 9.3 Juta iPad dan 4.9 Juta Mac terjual pada suku ketiga ini. Sebagai perbandingan produk-produk yang sama masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 48 Juta, 9.9 Juta dan 5.7 Juta tahun pada suku yang sama tahun lalu.

    Menarik sekali sumber pendapatan kedua terbesar Apple sekarang datang dari sektor perkhidmatan yang menyumbang 13% dari jumlah keseluruhan. Ia masih jauh di belakang iPhone (60%) tetapi di hadapan Mac (12%), iPad (9%) dan lain-lain (5%), Sekali lagi tiada maklumat terperinci mengenai jualan Apple Watch dan iPod disertakan.

    Sumber: Amanz
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page