Dalam Negara Apek nafi jual cendol kitar semula

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 12, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,930
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    Chan Lai menafikan dakwaan dia menjual cendol kitar semula yang menjadi tular di media sosial hari ini. FOTO Muhammad Apendy Issahak dan FB

    Ipoh: Seorang peniaga cendol di Medan Kid di sini menafikan menjual cendol kitar semula seperti yang tular di media sosial hari ini.

    Ooi Chan Lai, 78, berkata apa yang berlaku adalah salah faham daripada individu yang merakam gambarnya dan mendakwa dia menapis lebihan cendol tidak habis dimakan oleh pelanggan untuk dijual semula.

    "Memang saya menapis cendol dan membasuhnya, tetapi ia bukanlah cendol 'recycle' sebaliknya ia cendol yang belum digunakan.

    "Saya menapis untuk membuang air dalam bekas menyimpan cendol itu dan kemudian membasuhnya, bukan cendol lebihan pelanggan makan," katanya ketika ditemui hari ini.

    Chan Lai berkata, dia sudah berniaga di kawasan berkenaan selama 32 tahun dan ini kali pertama menerima dakwaan seumpama itu.

    "Saya kesal kerana individu berkenaan membuat tanggapan sendiri dan tidak bertanyakan kepada saya apa yang sebenarnya berlaku sebelum memfitnah saya di media sosial.

    "Selama saya berniaga tiada sebarang aduan yang saya terima daripada pelanggan. Saya tidak pasti apa niat sebenar individu berkenaan dan saya sanggup bersemuka dengannya jika individu itu mempunyai bukti saya melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu," katanya. - Metro


    ___________


    Aduan:

    MENU CENDOL ISTIMEWA-KEMBANG TEKAK

    Aku perhati je apek ni..
    Kome nk tau ,aku tenguk dia tengah recycle cendoi yg org dah tk habis mkn..kemain lg di tapis,cuco ayo,2,3 kali pastu selamba je gi tuang dlm balang cendoi..hamboiii..lokasi kedai tepi sekali dkt pago nak short cut ke medan kid/perak transit..

    [​IMG]
    [​IMG]
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page