Dalam Negara Anak didakwa hari ini bunuh bapa sendiri

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 21, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    15,322
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0


    [​IMG]

    KANGAR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bapanya di sebuah rumah di Jalan Padang Melangit, dekat Beseri, Jumaat lalu.


    Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Amirul Amin Amran, 24, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Amran Ariffin, 53, antara jam 7.20 pagi hingga 7.30 pagi pada 14 April lalu, di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 4 1/2 Lorong Maqdis, Jalan Padang Melangit, dekat Beseri.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

    Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh mengangguk tanda faham tanpa sebarang pengakuan direkod

    Mohd Azhar kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 17 Julai 2017.

    Selain pertuduhan membunuh, Amran Ariffin yang diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim, turut didakwa secara berasingan atas kesalahan cuba membunuh diri menggunakan pisau di tempat dan tarikh sama, mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. - BHarian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...

    Similar Threads - Anak didakwa hari
    1. Net
      Replies:
      0
      Views:
      23
    2. Net
      Replies:
      0
      Views:
      60
    3. Net
      Replies:
      0
      Views:
      3,709
    4. Net
      Replies:
      0
      Views:
      1,913
    5. Net
      Replies:
      0
      Views:
      1,839


ibeli4u

Share This Page