Dalam Negara Amoi lawan arus di lebuhraya, seorang maut dalam nahas 4 kenderaan

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Mar 14, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0


    [​IMG]
    [​IMG]

    [​IMG]


    PERMATANG PAUH - Seorang lelaki maut manakala lima yang lain cedera dalam satu kejadian kemalangan membabitkan empat buah kereta, sebuah van kilang dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi hari ini.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

    "Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth, apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa yang berumur lingkungan 26 tahun itu.

    "Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki," katanya.

    Katanya, pada masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.

    "Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

    "Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat," katanya.

    Katanya, mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

    "Pemandu Gen2 kini masih ditahan dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

    "Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...

    Similar Threads - Amoi lawan arus
    1. Net
      Replies:
      0
      Views:
      37
    2. Net
      Replies:
      0
      Views:
      29
    3. Net
      Replies:
      0
      Views:
      45
    4. Net
      Replies:
      0
      Views:
      48
    5. Net
      Replies:
      0
      Views:
      64

  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    Isteri mangsa nahas akhirnya faham mengapa suami enggan hantar

    [​IMG]
    NORASIKIN, menunjukkan percutian terakhir iaitu pada dua minggu lalu bersama arwah suaminya, Mohamad Fandi Rosli di Pulau Langkawi sebelum suaminya terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pagi semalam. - Foto Nor Farhani Che Ad

    SUNGAI PETANI: "Dia berkeras tak mahu hantar saya balik Kuala Lumpur pada Selasa depan... rupa-rupanya itu petanda suami saya terus pergi."

    Norasikin Abdul Halim, 26, tidak dapat menahan sebak mengimbau kisah suaminya, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, pagi tadi.

    Pasangan itu berkahwin tiga bulan lalu, namun tinggal berasingan kerana Norasikin bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang.

    Beliau berkata, biasanya Mohamad Fandi akan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di rumah keluarga di sini.

    Bagaimanapun, suaminya beriya-iya meminta Norasikan pulang sendiri ke ibu negara kali ini.

    "Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan.

    "Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik bila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan.

    "Sekarang saya tahu kenapa," katanya ketika ditemui di rumahnya mentuanya di Kampung Seri Pinang di sini, malam ini.

    Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Assam.

    Sementara itu, bapa mangsa, Rosli Lin, 57, berkata anak sulungnya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Seberang Jaya di Pulau Pinang, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

    "Dia habis bertugas jam 7 pagi. Sebelum kejadian, perangai dia macam biasa tapi dalam dua hari sebelum ini saya nampak dia lebih pendiam.

    "Biasanya Fandi periang dan suka bercakap," katanya sambil menambah Norasikin kini berbadan dua dan di peringkat awal kehamilan.

    Mohamad Fandi maut selepas kereta dinaikinya dirempuh pemandu sebuah kereta yang melawan arus dari tol Sungai Dua menghala Butterworth.

    Nahas menyebabkan kenderaan dipandu Mohamad Fandi terbabas ke kiri jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal.

    Kecederaan parah yang dialaminya menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.


    [​IMG]
    Gambar percutian terakhir mangsa, Mohamad Fandi Rosli bersama isterinya, Norasikin Abdul Halim di Pulau Langkawi pada dua minggu lalu. - Foto Nor Farhani Che Ad

    `Dia suruh saya urus sendiri balik KL' | Semasa | Berita Harian
     

ibeli4u

Share This Page