Dalam Negara Akim umum berita Stacy hamil

Discussion in 'Selebriti & Hiburan' started by Net, Aug 18, 2016.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    18,340
    Likes Received:
    13
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +18 / 0 / -0
    [​IMG]
    UCAPAN Akim disertakan bersama gambar Stacy dan Bella yang dimuat naik di sosial medianya.

    KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan The Majistret, Akim Ahmad ,25, mengumumkan isterinya, Stacy,26, kini hamil menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di sosial media sejam lalu.

    Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad berkongsi berita gembira itu kepada umum di hari ulang tahun ke-26 Stacy yang disambut bersama anak angkat mereka, Bella.

    "Selamat ulangtahun kepada isteriku tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.

    "Semoga dihari ulangtahun isteriku ini baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin.

    "Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini," ucapan Akim yang disertakan bersama gambar Stacy dan Bella.

    Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu. - BH
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...



ibeli4u

Share This Page