Dalam Negara 4 maut dalam rumah terbakar sebab terperangkap jeriji kekal

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Feb 6, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    [​IMG]
    ANAK sulung mangsa kebakaran yang terselamat, Lim Yi Jun, 21, (tengah) bersama saudaranya tiba di Rumah Mayat Hospital Serdang untuk menunggu keputusan hasil bedah siasat selepas empat ahli keluarganya terkorban dalam kebakaran di Subang Jaya, awal pagi tadi. - Foto Aizuddin Saad

    SUBANG JAYA: Empat sekeluarga yang maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan USJ 2/3, di sini pagi tadi, dipercayai terperangkap kerana semua tingkap empat bilik tingkat atas dipasang dengan jeriji kekal.

    Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa mungkin boleh menyelamatkan diri jika jeriji yang dipasang pada tingkap boleh dibuka.

    "Dalam kejadian ini, api dipercayai mula marak dari tingkat bawah dan naik sehingga menyebabkan bahagian tangga rumah itu turut terbakar. Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak mempunyai cara lain untuk menyelamatkan diri.

    "Kita tidak nafikan, ketiadaan jeriji tingkap yang boleh dibuka menyebabkan mangsa tidak mempunyai pilihan selain berada di tempat mereka ditemui mati , " katanya ketika ditemui BH di lokasi kejadian, hari ini.

    Sehubungan itu, katanya, mereka yang mendiami rumah teres dua tingkat ke atas disarankan untuk mengubahsuai jeriji tingkap kediaman mereka untuk boleh dibuka bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari, berkata pada masa ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kebakaran itu.

    "Kita tidak tahu sama ada kebakaran ini berpunca dari masalah litar pintas atau punca lain, namun sedang menunggu siasatan oleh Unit Forensik Bomba di lokasi kejadian berkenaan.

    "Jika melihat pada kejadian ini, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan jeriji statik yang tidak boleh dibuka pada tingkap bilik atas di setiap kediaman sekiranya rumah mereka tidak mempunyai balkoni.

    "Apabila berhadapan situasi ini, pemilik rumah harus menyimpan anak kunci pada jeriji yang boleh dibuka di tempat yang mudah dikesan untuk dibuka bagi menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran," katanya.

    Dalam kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 5.10 pagi itu, Lim Ah Kok, 59, ditemui bersama dua anak lelakinya Yong Leong, 20 dan Yong Wei, 17, maut dalam bilik kedua di tingkat atas rumah mereka.

    Isteri Ah Kok, Goh Bee Khim, 52, ditemui dalam keadaan terduduk dalam bilik air bilik utama yang juga terletak di tingkat atas rumah berkenaan.

    Mereka dipercayai maut akibat lemas terhidu asap tebal.

    Anak sulung mereka, Yi Jun, 21, yang sedang menuntut di Universiti UCSI, Cheras, ibu negara, terselamat selepas tinggal di tempat lain.


    [​IMG]
    [​IMG]
    [​IMG]

    4 maut sebab terperangkap jeriji kekal | Jenayah / Mahkamah / Tragedi | Berita Harian
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...


  4. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    Mayat 4 sekeluarga maut dalam kebakaran, dibakar

    [​IMG]
    MAYAT keempat-empat mangsa ketika upacara pembakaran mayat di Pusat Krematorium Berapit, Bukit Mertajam. - Foto Amir Irsyad Omar

    [​IMG]
    Lim Yi Jun (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak ketika upacara pembakaran mayat ahli keluarganya di Pusat Krematorium Berapit, Bukit Mertajam. - Foto Amir Irsyad Omar

    BUKIT MERTAJAM: Mayat empat sekeluarga yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Subang Jaya, Isnin lalu, disempurnakan dalam upacara pembakaran mayat di pusat krematorium Berapit, di sini, hari ini.

    Mayat mendiang Goh Bre Khim, 52; suaminya, Lim Ah Kok, 58 dan dua anak lelaki mereka, Lim Yong Liang, 20; dan Lim Yong Wei, 17 dibawa dari Jalan Bunga Raya Merah dekat Butterworth, selepas upacara keagamaan.

    Lebih 200 ahli keluarga dan rakan mangsa berkumpul di pusat krematorium berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

    Dalam kejadian Isnin lalu, keempat-empat mangsa meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan USJ 2/3, Subang Jaya.

    Mayat Bre Khim ditemui dalam bilik air di bilik tidur utama di tingkat atas, manakala mayat Ah Kok, Yong Liang dan Yong Wei dalam bilik kedua.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, dipetik sebagai berkata, semua mangsa tidak rentung namun dipercayai mati akibat lemas terhidu asap.


    Mayat empat sekeluarga dibakar | Jenayah / Mahkamah / Tragedi | Berita Harian
     
  5. azrif

    Newbie

    Joined:
    Nov 21, 2016
    Messages:
    23
    Likes Received:
    4
    Trophy Points:
    3
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +4 / 0 / -0
    err,klu mcm kes jeriji ni,,kot boleh harung aje wlu tangga di penuhi api..dr xdpt kuar
     

ibeli4u

Share This Page